Translate

Jumaat, 24 Ogos 2018

Permohonan Lesen Eksport Kayu Gaharu

SYARAT PERMOHONAN LESEN EKSPORT

Mempunyai akaun ses dengan MTIB. Cara membuka akaun ses adalah seperti berikut :-

  • Pengeksport hendaklah berdaftar dengan MTIB sebagai Pengeksport Kayu.
  • Dokumen sokongan yang diperlukan; 1 salinan Sijil Pendaftaran Pengeksport Kayu (T/E).
  • Deposit minimum RM200. 
PROSEDUR PERMOHONAN PENGELUARAN LESEN EKSPORT

Pengeksport dikehendaki :-

1. Membuat permohonan lesen eksport secara 'on-line' melalui sistem MCS. (www.mtib.gov.my atau mcs.mtib.gov.my).

2. Menghantar dokumen sokongan seperti berikut di pejabat MTIB yang mengeluarkan lesen eksport;  


3. Lesen akan diproses dalam tempoh 30 minit setelah permohonan lengkap diterima.

4. Pengeksport hendaklah mencetak lesen eksport yang telah lulus untuk permohonan pemeriksaan fizikal.


PERMOHONAN TRANSIT DARI SEMENANJUNG MALAYSIA KE SABAH / SARAWAK

Bagi permohonan transit dari Semenanjung Malaysia ke Sabah/Sarawak, Pengeksport perlu menghantar permohonan lesen secara ”Hardcopy” ke MTIB iaitu :-    

  • Borang Ikrar Kastam No. 3 Pin. 4/92 – Permohonan / Permit Untuk mengangkut Barang-Barang Dalam Persekutuan (bagi tujuan mengangkut kayu dari Semenanjung Malaysia ke Sabah/Sarawak) dan,
  • Dokumen sokongan ( Lampiran 1 ). 
PENGEKSPORTAN KAYU RAMIN (GONYSTYLUS SPP ) DAN KARAS / GAHARU (AQUILARIA SPP. / GYRINOPS SPP. ) DI BAWAH PERATURAN PERDAGANGAN (APPENDIX II) CITES 

MTIB merupakan Pihak Berkuasa Pengurusan (Management Authority) bagi mengeluarkan “ Permit Eksport CITES ” bagi mengeksport kayu Ramin/ Karas/ Gaharu yang berasal dari Malaysia atau “ Sijil Eksport-Semula CITES” bagi pengeksportan semula kayu Ramin/ Karas/ Gaharu yang berasal dari Luar Negara atau “ Permit Import CITES” bagi pengimportan kayu Ramin/ Karas / Gaharu. 

(Pengeksport dikehendaki memohon permit CITES jika mengeksport produk dari spesis tersebut ).

Khamis, 23 Ogos 2018

Pendaftaran Pengusaha Tanaman Pokok Karas, Pembekal Kayu Karas Dan Pengilang Gaharu

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia akan melaksanakan pendaftaran Pengusaha Tanaman Pokok Karas, Pembekal Kayu Karas dan Pengilang Gaharu khususnya di Semenanjung Malaysia. Untuk memudahkan orang ramai/syarikat mendapatkan salinan borang-borang tersebut, sila lawati website berikut Pendaftaran Pengusaha Tanaman Pokok Karas, Pembekal Kayu Karas Dan Pengilang Gaharu dan email kepada hamdan@forestry.gov.my atau juliana@forestry.gov.my atau pos/faks kepada Ketua Pengarah Perhutanan, Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin, 50660 Kuala Lumpur atau dibuat serahan tangan kepada Jabatan Perhutanan Negeri/Pejabat Hutan Daerah berhampiran. Pendaftaran ini adalah percuma dan voluntary. Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi talian 03-2616 4488 atau faks 03-2692 5657.


Notis Peringatan Berkaitan Kursus Teori Dan Praktikal Inokulasi Pokok Gaharu


Notis Peringatan Berkaitan Kursus Teori Dan Praktikal Inokulasi Pokok Gaharu. 

1. InsyaAllah 25 Ogos 2018 Kursus Teori Dan Praktikal Inokulasi Pokok Gaharu akan dijalankan seperti yang dijadualkan. 

2. Berikan nama penuh, alamat ladang dan spesis yang ditanam bertujuan rekod Syarikat, Lembaga Perindustrian Perkayuan Malaysia & Jabatan Perhutanan.

3. Kursus bermula jam 10.00 am dan akan tamat pada jam 5.00pm.

4. Nota, makanan tengah hari dan minum petang disediakan. 

5. Sila sediakan alat tulis dan buku nota untuk mencatat nota. 

6. Sila buat pembayaran penuh sebelum Kursus dimulakan. 

7. Pendaftaran lewat tidak akan dilayan. 

Semoga Allah Mempermudahkan Segala Urusan, Dikurniakan Rezeki Berlimpah Ruah Daripada Yang Halal Dan Barokah, Diberikan Kesihatan Tubuh Badan, Diberikan Kejayaan Dunia Serta Akhirat Kepada Tuan/Puan. 

Sekian, 

Wafiqah Agarwood Centre.

Sabtu, 18 Ogos 2018

Kesesuaian Tanah Untuk Tanaman