Disini saya ingin memetik satu topik dari Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) iaitu Kelemahan Usahawan Bumiputera.Topik ini mungkin biasa didengar,dibaca atau dibincangkan oleh anda dan saya ingin berkongsi dengan para BAKAL Usahawan. Ini adalah sebagai satu panduan untuk kita merujuk kembali sekiranya kita gagal dalam bidang ini.
Diantara Kelemahan Usahawan Bumiputera ialah:-
1.Kurang pengalaman dan lemah dari aspek pengurusan perniagaan terutamanya dalam soal logistik,pemasaran dan promosi.
Selain menghasilkan produk yang berkualiti, seorang usahawan itu harus memiliki keupayaan untuk membekal stok secara berterusan,memenuhi citarasa pengguna,mempunyai pembungkusan yang menarik,harga berpatutan serta mempunyai sistem logistik penghantaran yang terancang.
2.Tidak mesra pelanggan dan trend pasaran
Usahawan gagal menganalisa kehendak pengguna dan trend pasaran serta lambat bertindak ke atas perkembangan persaingan.Ini menyebabkan usahawan Bumiputera gagal mewujudkan ''loyal customers'' kepada produk-produk yang dihasilkan.
3.Kurang memberi penekanan dan tumpuan kepada R & D dan latihan
Usahawan perlu meningkatkan pengetahuan pekerja,mutu latihan,perkhidmatan dan inovasi ke atas produk.
4.Kurang perhatian kepada promosi yang berkesan
Kelemahan pada produk dari segi penjenamaan dan pelabelan, ditambah lagi dengan kurang tumpuan untuk promosi/pengiklanan.Tidak ada peruntukan untuk promosi.
Inilah serba sedikit yang saya petik dari DPMM, dan mungkin ada banyak lagi faktor-faktor kelemahan Usahawan Bumiputera yang anda tahu dan ingin kongsi bersama terutamanya usahawan-usahawan yang sudah berjaya.
Disini juga saya menyenaraikan tips untuk menjadi usahawan yang cekap / kompetensi.
1. Inisiatif
2. Melihat dan merebut peluang
3. Cekal
4. Mencari maklumat
5. Menitikberatkan mutu kerja
6. Komitmen terhadap perjanjian kerja
7. Berorientasi ke arah kecekapan
8. Membuat perancangan sistematik
9. Penyelesaian masalah
10. Keyakinan diri
11. Ketegasan
12. Kemampuan meyakinkan orang lain
13. Mampu gunakan strategi mempengaruhi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan