Translate

Jumaat, 5 Jun 2015

Trip Menjejak Pohon Gaharu Bagi Tujuan Penyelidikan

Alhamdulillah dapat berehat seketika dalam trip menjejak induk pohon gaharu. Terjumpa pula pekerja Hj Saait sedang memotong pohon durian yang buahnya kurang baik bertujuan untuk membuat papan lapis bagi kegunaan pembinaan rumah.




Menjejak Pohon Gaharu.

Syukur Alhamdulillah selepas beberapa jam perjalanan di dalam tanah kepunyaan Haji Saait di Kg Pejuang Kelulit, Bekenu, Miri Sarawak akhirnya kami dapat menjumpai anak anak pokok gaharu liar yang tumbuh didalam tanahnya. Menurutnya lagi, seketika waktu dahulu beliau menyatakan ada pernah menjumpai pokok induk malangnya selepas dua trip kami masuk gagal menemukan pokok induk yang dinyatakan oleh Haji Saait. Berkemungkinan pokok induk berkenaan sudah dicuri oleh orang yang tidak bertanggungjawap.





Pokok Gaharu Yang Sudah Di Inokulasi

Alhamdulillah tempoh hari dalam perjalanan dari Niah menuju ke Bekenu, kami terjumpa sepohon pokok gaharu dijangka spesis Aquilaria Microcapha yang sudah di inokulasi oleh syarikat @ individu yang tidak diketahui. Semoga apa yang diusahakan dipermudahkan oleh Allah.





Melawat Ke Gua Niah, Sarawak.

Alhamdulillah pagi yang indah dapat menghirup udara nyaman di jeti menuju ke Gua Niah, Sarawak.