Translate

Isnin, 11 Disember 2017

Kursus Pembuatan Inokulan Gaharu

Kepada sahabat² sekalian. Semoga berada dalam rahmat dan lindungan Allah s.w.t.

InsyaAllah pada hari Sabtu 16 Disember 2017 bersama 28 Rabiulawal 1439, Pihak Wafiqah Plantation & Services akan mengadakan "Kursus Teori Dan Praktikal Pembuatan Inokulan".

Bertempat di Wafiqah Agarwood Centre Hulu langat Selangor. Masa dari 10am sehingga 5pm. Makan dan minuman serta nota disediakan.

Yuran Sebanyak RM250 Untuk Setiap Peserta. Pembayaran Deposit Sebanyak 50% perlu dibuat sebelum hari khamis 14 Disember 2017.

Pembayaran boleh dibuat kepada akuan Maybank En Faizul Anuar Bin Yazid. No akuan 164212268931.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 010-2205745.

Maklumkan sekiranya sudah membuat pembayaran melalui bank kepada En Faizul Anuar Bin Yazid dengan menghantar slip pembayaran.

Semoga Allah Mempermudahkan Segala Urusan Kita, Dikurniakan Kepada Kita Rezeki Berlimpah Ruah Daripada Yang Halal dan Barokah Serta Diberikan Kejayaan Dunia Akhirat Kepada Kita Semuanya.

Isnin, 4 Disember 2017

Teknik Inokulasi Pokok Gaharu Bagi Menghasilkan Teras Minyak.

Semoga Allah Mempermudahkan Segala Urusan Kita, Dikurniakan Kepada Kita Rezeki Berlimpah Ruah Daripada Yang Halal Dan Barokah, Diberikan Kepada Kita Kejayaan Dunia Serta Akhirat.

 

 
 

Kajian Gaharu Bersama Universiti Kebangsaan Malaysia

Alhamdulillah syukur kepada Allah. Semoga Allah Mempermudahkan Segala Urusan, Dikurniakan Rezeki Berlimpah Ruah Daripada Yang Halal Dan Barokah, Diberikan Kejayaan Dunia Serta Akhirat.



     

Rabu, 1 November 2017

Nasihat Kepada Peladang Dan Pekebun Gaharu Di Malaysia

Sebelum melakukan Inokulasi pada Pokok Gaharu anda, perkara yang WAJIB anda tahu ialah :-

1. Anda WAJIB Membuat pendaftaran ladang Gaharu di Pejabat Perhutanan Negeri dan WAJIB membuat pendaftaran ladang Gaharu di Pejabat Lembaga Perindustrian Perkayuan Malaysia.

2. Mempunyai data mengenai tanaman iaitu seperti spesis yang ditanam, umur pokok, ukur lilit setiap pokok, jarak tananam, status tanah yang digunakan dan sebagainya.

3. Dimanakah pasaran @ kemanakah hasil nanti anda hendak jual. Anda WAJIB tahu apa yang pasaran @ pembeli mahukan sama ada teras bakar @ teras hiasan @ minyak @ lain².

4. Anda WAJIB tahu dimana tempat hendak proses pokok @ kayu anda yang sudah di inokulasi sama ada nak jadikan teras bakar @ teras hiasan @ minyak @ lain².

5. Anda WAJIB tahu teknik dan bahan yang digunakan untuk proses inokulasi pokok anda. Perkara ini amat penting untuk anda tahu kerana perbezaan teknik dan bahan Inokulan akan menghasilkan hasil yang berlainan.

6. Anda WAJIB tahu bila masa @ cuaca yang sesuai Untuk memulakan Proses Inokulasi.

7. Anda WAJIB tahu ciri2 @ tanda2 Pokok yang anda Inokulasi itu mula recover @ sedang recover @ sudah recover sepenuhnya.

8. Anda WAJIB tahu bila masa yang sesuai untuk tuai hasil dan bagaimana cara nak menuai hasil.
Jika 8 perkara diatas sudah anda penuhi mengikut turutannya, InsyaAllah proses seterusnya akan mudah dan lancar.

Nasihat dan pesanan saya paling penting kepada sahabat² sekalian:-

1. Buatlah semuanya kerana Allah.

2. Setiap pelaburan yang hanya menjamin keuntungan sahaja tanpa menceritakan kerugian @ keburukan itu RIBA.

3. Carilah ilmu sebanyaknya.

4. Perbanyakkan guru anda dan Jangan tabsub pada Seorang Guru sahaja.

5. WAJIB Tahu apa kehendak pasaran sebelum memilih spesis pokok untuk ditanam. Kerana Spesis juga memainkan peranan yang penting dalam pasaran yang hendak dituju.

6. Selagi tak jumpa pasaran @ pembeli JANGAN inokulasi pokok anda.

7. Jangan letak pengharapan yang Tinggi.

8. Banyakkan berdoa dan bersujud pada Allah.

9. jika anda gagal perlulah bersabar dan redho diatas ketentuan Allah.

10. Jika sudah berjaya Jangan lupa pada tanggungjawap kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini.

Wallahualam.

Selasa, 26 September 2017

Kerja² Pembesaran Kilang Penyulingan Pati Minyak Gaharu

Alhamdulillah disebabkan pemintaan yang amat tinggi, pihak kami terpaksa membuat pembesaran ruang untuk kerja² meracik kayu gaharu.


Anak Pokok Gaharu

Alhamdulillah Selesai 2500 anak pokok gaharu diangkat keatas lori untuk penghantaran ke lokasi yang ditetapkan.

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita semua.


Isnin, 25 September 2017

Ahlul Bait Rasulullah S.A.W Melawat Kilang Wafiqah.

Alhamdulillah Pengunjung VVVIP daripada Ahlul Bait Rasulullah S.A.W Saiyed Muhammad Rabbani Saiyed Idrus bersama Al-Fadil Ustaz Raihan Abd Aziz ke kilang kami.


Isnin, 4 September 2017

Penghasilan Hasil Ladang Gaharu

Dibawah Ini Adalah Diantara Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh Syarikat Kami.

1. Mengambil Upah Untuk Kerja² Memproses Pati Minyak Gaharu:-
a) Memotong Kayu.
b) Membelah Kayu.
c) Meracik Kayu.
d) Menjemur Kayu.
e) Mengisar Kayu.
f) Merendam Kayu.
g) Menyuling Pati Minyak.
h) Memisahkan Air Dalam Minyak.

2. Membekal Anak Pokok Gaharu:-
a) Aquilaria Malaccensis.
b) Aquilaria Hirta.
c) Aquilaria Becariana.

3. Membekal Inokulan Dan Mengambil Upah Untuk Proses Inokulasi Pokok Gaharu.

4. Menawarkan Kursus Personal:-
a) Kursus Asas Industri Gaharu.
b) Kursus Pembuatan Inokulan.
c) Kursus Kaedah² Inokulasi Pokok Gaharu.

5. Jual Beli Kayu Semulajadi(Hutan) Dan Kayu Perladangan Mengikut Syarat² Terma Yang Ditetapkan Oleh Agensi Berkaitan Serta Pihak Syarikat.

6. Jual Beli Pati Minyak Gaharu Semulajadi(Hutan) Dan Pati Minyak Gaharu Perladangan Mengikut Syarat² Terma Yang Ditetapkan Oleh Agensi Berkaitan Serta Pihak Syarikat.

Call & Whatsapp: Anuar Ibnu Yazid +6010-2205745 @ Suffian Saait Al-Fattah +97477164176. 

Semoga Allah Mempermudahkan Segala Urusan Dan Dikurniakan Rezeki Berlimpah Ruah Dari Yang Halal Serta Berada Dalam Rahmat Allah.

Selasa, 6 Jun 2017

Penghantaran Anak Pokok Gaharu

Alhamdulillah Selesai 10,000 anak pokok gaharu dihantar ke lokasi yang ditetapkan.

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita semua.


Ahad, 4 Jun 2017

Anak Pokok Gaharu

Alhamdulillah Selesai 10,000 anak pokok gaharu diangkat keatas lori untuk penghantaran ke lokasi yang ditetapkan.

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita semua.