Translate

Selasa, 26 Julai 2011

POKOK KARAS, GAHARU DAN KEGUNAANNYA



  Kandungan kimia yang terdapat dalam gaharu merupakan komponen-komponen yang terdiri daripada sesquiterpenes, sesquiter-pene alcohol, kompoun oxygenated dan chromone. Selain itu, ia juga terdiri daripada komponen-komponen agarospiral, jinkohol-eramol, jinkool yang menghasilkan aroma gaharu.
     Penggunaan kayu karas dalam industri perkayuaan di mana kayunya digunakan dalam industri pembuatan kotak pembungkus, papan lapis, cenderamata, perabot, kasut wanita, sarung senjata, chopstick dan lain-lain. Manakala kegunaaan gaharu banyak kepada upacara keagamaan Cina, Unanai, Ayurvedic dan upacara kaum di Tibet. Ia digunakan sebagai pengharum rumah di Timur Tengah manakala di Papua New Guinea menggunakannya sebagai ubat-ubatan tradisional oleh masyarakatnya. Di masa sekarang ia turut digunakan sebagai bahan wangian dan kosmetik.

Ciri-Ciri Spesis Aquilaria 

NAMA SAINTIFIK
NEGERI / KAWASAN TABURAN SEMULAJADI
CIRI-CIRI
1. Aquilaria Hirta
Sepanjang Pantai timur, Terengganu, Pahang dan Johor
Pokok Kecil dalam lingkungan 15m tinggi, permukaan bawah daun berbulu, daun berbentukovate oblong.
2. Aquilaria Beccariana
Kebanyakkan tumbuh di bahagian selatan (Johor)
Pokok sederhana dalam lingkungan 20m, urat kedua daun lebih jelas, daun berwarna kelabu tidak berkilat.
3. Aquilaria Rostrata
Pahang (G. Tahan), habitat gunung.
Urat kedua daun tidak jelas.
4. Aquilaria Malaccencis
Terdapat di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak kecuali kedah dan perils.
Permukaan daun berkilat, runcing dan bujur
5. Aquilaria Microcarpa
Johor dan kawasan bakau
Pokok besar dalam lingkungan 36m, buah kecil berbentuk hati.

PENGURUSAN TANAMAN POKOK KARAS

    Pokok Karas sesuai ditanam di antara kawasan dataran rendah hingga ke pergunungan pada ketinggian 0 – 750 meter dari paras laut dengan purata taburan hujan kurang dari 2000cm. Suhu yang sesuai adalah antara 27°C hingga 32°C dengan kadar cahaya matahari sebanyak 70%. Kesesuaian tanah adalah jenis lembut dan liat berpasir dengan pH tanah antara 4.0 hingga 6.0. 
    Biji benih yang berkualiti amat penting untuk tujuan pembenihan, selalunya pembenihan di lakukan oleh nurseri untuk menjamin bekalan benih tanaman dalam volume yang besar dan berkekalan. Buah karas dari jenis Aquilaria Malaccencis adalah berbentuk kapsul, 3.5 cm hingga 5 cm panjang, ovoid dan berwarna coklat. Kulitnya agak keras dan berbaldu. Mengandungi 3 hingga 4 biji benih bagi setiap buah.
     Penanaman boleh dilakukan di tanah-tanah persedirian, tanah terbiar, hutan simpan atau tanah kerajaan negeri melalui permohonan. Ia juga boleh ditanam di ladang kelapa sawit, ladang kopi dan kebun di bawah pokok-pokok yang lain yang berumur antara 5 – 8 tahun. Teknik tanaman secara sistem selang atau intergrasi dengan 2 atau lebih tanaman juga boleh dilakukan. Teknik dari pendekatan Agroforestry, Inter-row planting dan Hedge planting juga boleh dilakukan.
    Teknik menanam adalah dengan menggali lubang dalam jarak ukuran 6 kaki x 6 kaki, 10 kaki x 10 kaki, 10 kaki x 15 kaki dan sebagainya. Ia bergantung kepada teknik tanaman secara selang, intergrasi atau sebagainya. Anak pokok dikeluarkan dari politena bag dan dimasukkan ke dalam lubang yang digali dengan keluasan diameter dan kedalaman 0.5 meter. Tanah dipermukaan dipadatkan dengan tangan untuk memastikan akar bersentuhan rapat dengan tanah dan elakkan pengaliran air di permukaan (surface water). Kadar pembajaan tidak boleh melebihi 100 gm bagi tiap-tiap lubang iaitu dengan kadar baja NPK 15:15:15 sebayak 40 – 50 gm dan TSP sebanyak 40 – 50 gm semasa proses penanaman.
    Pokok-pokok karas yang ditanam perlu dibersihkan dari gangguan pokok lain sekitar 50 cm untuk mengelakkan persaingan hidup. Kerja –kerja ini dilakukan dalam 2 – 3 kali setahun sehingga pokok berusia 5 tahun. Pengemburan 2 kali setahun adalah amat baik untuk memberi oksigen ke dalam tanah untuk melancarkan penyerapan makanan oleh pokok.

TEKNOLOGI PENGHASILAN GAHARU

     Teknik inokulasi merupakan teknik menghasilkan gaharu pada pokok yang berusia 5 tahun ke atas atau diameternya mencapai 8 hingga 10 cm. Keadaan optimal perlu bersesuaian dengan batang dalam sekitar 5 cm. Setiap batang dibuat lubang dengan jarak anatara lubang sekitar 20 cm antara satu sama lain. Lubang disumbat dengan buluh atau poly paip untuk mengelakkan lubang tercantum. Selepas dimasukkan kulat ia ditutup dengan lilin, kayu dan sebagainya untuk mengelakkan air hujan masuk ke dalam lubang. Antara kulat yang digunakan ialah Furasium sp, Phytium sp, Lasiodiplodia sp, Libertela sp, Scytalidium dan Thielaviopsis sp.

 
Gambar 1 : Proses inokulasi pokok karas

Gambar 2 : Contoh kulat/bakteria yang digunakan dalam inokulasi

 
INDUSTRI PEMPROSESAN GAHARU

 Terbahagi kepada dua;

1.  Industri Pemprosesan Kepingan Gaharu.

     Teras di dalam pokok akan diambil setelah pokok ditebang dan dipotong mengikut bentuk dan saiz resin yang terjadi. Proses yang dipanggil mencuci biasanya akan dilakukan di rumah atau kilang kerana ia mengambil masa yang agak lama. Ia adalah proses membuang sisa kayu dari resin gaharu sehingga ia bersih dan kering. Gaharu yang siap diproses akan menjadi kepingan dan habuk dan akan digred mengikut saiz, bentuk, warna, bau Gaharu ini akan dijual kepada pekedai atau pengeksport. Kepingan gaharu ini digunakan secara dibakar untuk mendapatkan aromanya.
     Kebanyakan kerja-kerja mencari dan mencuci gaharu  dilakukan oleh orang asli dan penduduk melayu yang tinggal di pingir-pinggir hutan (Kajian Unit Ekonomi Hutan). Biasanya harga yang ditawarkan oleh peraih agak murah kerana kuasa ekonomi mereka dan dijual semula dengan harga yang jauh lebih tinggi.

 
Gambar3 : Kayu gaharu yang siap diproses bersih (mencuci) menjadi kepingan dan sedia untuk dipasarkan.

Gambar 4 : Ketulan gaharu yang bernilai tinggi

2.  Industri Memproses Minyak Gaharu 

    Selain gaharu yang dijual secara kepingan dan abu, ia juga diproses untuk dijadikan minyak. Menurut data dari Jabatan Perhutanan, terdapat 12 buah kilang di semenanjung Malaysia pada tahun 2007. Ia terbahagi kepada industri berskala kecil dan besar. Kebiasaan skala kecil mempunyai kurang dari 10 unit dapur dan diusahakan sendiri. Manakala, pada skala besar meraka mempunyai anatara 10 – 80 dapur dan  akan mengupah pekerja seramai 2 – 3 orang atau lebih. Mereka juga memerlukan kayu gaharu sehingga 500 kg sebulan bagi menampung permintaan minyak gaharu.

Gambar 5 : Mesin pengisar kayu gaharu

Gambar 6 : Proses memeram sebelum kayu dimasak

Gambar 6 : Minyak gaharu yang terhasil dari proses penyulingan.


Jadual Gred di Pasaran. 

    Buat masa ini tiada gred yang seragam dan selalunya berbeza mengikut negeri. Berikut adalah gred yang dikeluarkan oleh JPSM dalam Bengkel Penyeragaman Penggredan Gaharu di Semenanjung Malaysia pada awal bulan Jun 2007 yang lalu di Kuala Lipis Pahang. 


GRED
Harga (perkilogram)
Super A
RM 25,000 ke atas
Gred A
RM 20,000
Gred B
RM 18,000
Gred C
RM 15,000
Gred D
RM   8,000
Gred E
RM   3,000
Lain-lain Gred
RM 500 – RM 1,000
Gred Kayu untuk Minyak
RM 5 – RM 100
Minyak Gaharu
RM 300 – RM 350/ tola (12gm)


nota :
Segala paparan ini adalah abstrak dari seminar-seminar dan persidangan gaharu. Ia adalah untuk dikongsi bersama-sama saudara dan saudari. Sekiranya ada sebarang info dan cadangan terkini yang boleh  dikongsi bersama, emelkan kepada kami di danial_cccc@yahoo.com . Maklumat dan kiriman anda amat dihargai.

Isnin, 25 Julai 2011

Buletin Utama TV3, 17 April 2011.

Berita TV3 Ahad 17 April 2011. Buletin Utama. Pembaca berita menyebut ; Harganya mencecah RM1700 hingga RM17,000 sekilogram . Digunakan secara meluas dalam industri minyak wangi.
Namun khasiat gaharu tidak habis disitu. Dari akar hingga pucuk pokok ini banyak gunanya. Tumbuhan yang dikenali sebagaj aquilaria ini dikenali juga sebagai karas atau depu ia mempunyai potensi yang besar.
Potensi yang ada mendorong sebuah syarikat dari Gopeng Perak melabur jutaan ringgit membuka ladang tumbuhan ini. Terletak di Kampong Sungai itik, ladang gaharu yang mempunyai teknologi tinggi ini mempunyai lebih 20,000 pokok gaharu.
Menurut pemilik ladang ini umur pokok berumur 6 bulan harga boleh mencecah RM1000 keatas. Lagi pun jika umur pokok 18 tahun keatas ia boleh beli sebuah bunglow. Lazimnya gaharu ditebang selepas 5 tahun.
Daun gaharu diproses menjadi serbuk minuman. Akar dijadikan ramuan ubat herba. Buah gaharu juga ada gunanya. Analisa daripada buah ini menjadi privent untuk kanser juga untuk orang yang menghadapi kencing manis. Selain barah gaharu juga untuk merawat kencing manis. Namun teras gaharu mendapat permintaan paling tinggi dalam industri minyak wangi. Harga mencecah RM1700 hingga RM17000 sekilo gram bergantung kepada usia. Tidak hairanlah, jadi tidak hairanlah hutan negara sering dicerobuh warga asing yang mahu mendapatkan gaharu.

Harga Teras Gaharu Yang Berkualiti Di Pasaraya Ternama Saudi Arabia 50,000 RS/Kg.


Percaya atau tidak, Tanam gaharu boleh jadi jutawan. Seseorang itu boleh menjadi jutawan hanya dalam tempoh sekurang-kurangnya tujuh tahun jika menanam sebanyak 400 pokok gaharu di kawasan seluas 0.4 hektar atau 1 ekar tanah. Itu hakikat yang menjadi fenomena hari ini. Ramai orang bercakap pasal gaharu. Tidak kurang juga yang menafikannya. Mana ada tanaman boleh jadi kaya. Itu hanyalah dakyah pengusaha anak benih gaharu. Mana ada bukti hanya dengan menanam gaharu orang jadi kaya. Mustahil!.mustahil!…Ramai dah yang terkena.
Lantaklah nak percaya ke tidak. Memang begitulah orang kita, kena tengok orang lain Berjaya dahulu baru nak buat. Masih saya ingat diawal 2005 dahulu orang pandang sinih bila kita buat rumah burung walit, kata mereka orang islam haram makan hasil jualan sarang burung. Nijis kata mereka… astaga… Hari ini sana sini orang buat sarang burung. Sarang banyak burung pulak tak berapa ramai. Entahlah tak faham saya sikap orang kita.
Apa tak kayanya orang tanam gaharu kerana khabarnya harga cukup mahal. Lebih mahal dari harga emas. Ini bermakna, berdasarkan harga pasaran, setiap pokok gaharu yang berusia antara tujuh hingga sepuluh tahun mempunyai nilai antara RM5,000 hingga RM20,000 sepokok.
Sememangnya pokok gaharu mempunyai nilai yang sangat tinggi dan ia merupakan faktor utama mengapa David Ho Kwan Meng dari Gopeng sanggup berbelanja besar mengusahakan ladang gaharu pertama di negara ini. …. Dalam buletin utama TV3 hari itu ladang di Gopeng itu mempunyai 20,000 pokok gaharu. Manakala dikatakan harga teras gaharu mencecah sehingga RM17,000 sekg.
Pada masa yang sama, daun-daun pokok gaharu boleh dijadikan produk teh hijau yang kini menjadi kegemaran ramai kerana mempunyai aroma yang menyegarkan selain rasanya yang cukup lazat. Menurut David, minyak kayu gaharu juga boleh dijadikan sebagai bahan menghasilkan kosmetik kecantikan. Katanya, tidak cukup dengan itu akar-akar kayu pokok gaharu ini pula boleh dijadikan produk ubat-ubatan.
”Sebab itulah pokok gaharu ini mempunyai nilai yang sangat tinggi. Malah nilai sebatang pokok gaharu boleh mencecah sehingga RM3 juta ringgit jika mempunyai minyak yang banyak. ”Namun kebiasaannya pokok gaharu yang bernilai jutaan ringgit itu berumur antara 20 hingga 30 tahun dan dari jenis baka yang baik,” katanya.
Siang tadi saya dikunjungi oleh seorang Dato’ , beliau pernah menjadi ahli Lembaga Pengarah anak syarikat Tabung Haji. Kini bergiat aktif dalam perniagaan. Beliau juga pernah menjadi EXCO Kerajaan Negeri Terengganu. Beliau baru pulang dari menunaikan umrah. Kedatangan beliau membawa buah tangan kepada saya, minyak wangi berjenama “ Aljefri Oud” Made in France. Melihat pada bungkusannya tentunya mahal. Beliau membelinya di pasaraya ternama di Jedah, Arab Saudi. Terima kasih diucapkan.
Rupa-rupanya beliau tidak tahu saya terlibat dengan industri gaharu. Saya sengaja tidak memberitahu beliau tentang gaharu. Dibiarkan beliau bercerita kepada saya tentang minyak wangi “OUD” ini. Oud adalah gaharu ia sememangnya digemari oleh orang Arab. Kata beliau wangian oud ini bukan sekadar wangian untuk pakaian, tetapi digunakan juga wangian untuk makanan dan minuman. Digunakan juga oud ini dalam teh dan juga kopi. Orang Arab memang mengemarinya. Cukup mahal katanya.
“ Awak nak tahu , saya tengok sendiri di kedai yang saya beli Aljefri Oud ini. Satu paket kayu gaharu yang dibungkus special harganya 50,000 sekilo (Rial Arab Saudi), “ Wau… kata saya terperanjat. Kalau kita ada 1 kg teras gaharu, pergi jual disana kaya kita . Sambung Dato’ itu lagi.
Keghairah beliau menceritakan kepada saya tentang oud menyebabkan saya tidak boleh berahsia lagi dengan beliau tentang keterlibatan saya dalam industri gaharu ini. Akhirnya beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada saya. Hebat-hebat katanya mengakhiri perbualan…… Menunggu masa untuk Dato’ menanam gaharu secara besar-besaran. Sememangnya beliau mempunyai tanah.

Jutawan Melalui Tanaman Gaharu


Hanya dengan menanam 1000 pokok gaharu dalam kawasan tanah seluas satu ekar anda mampu bergelar jutawan dalam 5-7 tahun akan datang. Semalam adalah sejarah yang tidak boleh dipinda. Esok adalah impian yang belum nyata, tetapi keputusan yang anda buat hari ini menentukan siapa anda dihari esok.




APA DIA GAHARU?

Gaharu adalah sejenis wagian yang bernilai tinggi yang diperolehi daripada pokok depu atau karas yang mengalami stress atau sakit. Kayu gaharu mengandungi resin dalam pelbagai kelas dan gred tertentu mengikut kualiti tertentu. Penggunaannya sangat meluas di seluruh dunia melewati sempadan bangsa, agama, negara dan benua. Pendek kata ia mempunyai permintaan yang sangat besar.

Penggunaannya adalah sebagai bahan wangian, perubatan sehinggalah upacara keagamaan dan kebudayaan. Kelebihan yang ada pada gaharu ialah kerana ia dapat mengekalkan wangiannya dalam jangka masa yang lama. Dengan itu ia menjadi bahan asas dalam industri minyak wangi. Permintaannya sangat besar dari seluruh dunia. Namun begitu hanya 20 % sahaja dapat dibekalkan dari negara pengeluar utama.  80 % lagi permintaan yang masih belum dapat dipenuhi oleh negara pembekal. Pokok karas hanya hidup di negara yang beriklim tropika.

KENAPA TANAM GAHARU

Terdapat beberapa sebab mengapa anda harus membuat keputusan untuk menanam gaharu:-
 Penjagaan minimum 4T (Tanam, Treatment, Tinggal & Tuai)
 Pokok karas hampir tiada musuh
 Permintaan pasaran yang tinggi dan lumayan (Kayu dan Minyak)
 Mudah tumbuh dan sesuai tanah Tropikal saperti di Malaysia.
 Kepupusan bekalan produk gaharu asli dari hutan

HARGA PASARAN SEMASA

Gred Harga RM/kg
I        - 10,000 – 15,000
II       - 7,000 – 10,000
III      - 4,000 – 7,000
IV     - 3,000 – 4,000
VI     - 500 – 3,000
VII    - 800 – 1,500
Harga minyak dari RM 20,000 hingga RM 50,000 satu liter


PERSOALAN

Berapa pokok perlu ditanam?
Berapa Harga anak pokok dan kos rawatan?
Apa jenis Pokok gaharu yang patut ditanam?
Berapa Lama ditanam sabelum hasil?
Bila dirawat dan bila dapat hasil?
Berapa Lama kena tanam dan Kos?
Kaedah menanam terbaik
Berapa Luas Tanah ekonomik untuk projek.
Macam mana kalau saya dah ada pokok?
Kalau di tempat saya ada orang nak rawat pokok?
Pokok orang dah cucuk tapi tiada hasil?
Mana nak dapat anak yang bagus?
Mana nak cari ubat cucuk yang mujarab?
Dan banyak lagi soalan… sila hubungi saya di no 019-2089199

Saranan Tanam Gaharu Dikawasan Keliling Rumah @ Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Sangat Praktikal.

Sama ada anda percaya atau tidak, seseorang itu boleh menjadi jutawan hanya dalam tempoh sekurang-kurangnya tujuh tahun jika menanam pokok gaharu di kawasan seluas 1 ekar atau 0.4 hektar. Berdasarkan harga pasaran, setiap pokok gaharu yang berusia antara tujuh hingga sepuluh tahun mempunyai nilai antara RM5,000 hingga RM20,000 sepokok. Satu ekar tanah boleh ditanam sebanyak 400 pokok atau 1000 pokok berdasarkan jarak penanaman. Jika ditanam dengan jarak 10’ X 10’ bilangan pokok yang boleh ditanam ialah 400 pokok. Jika jarak penanaman 6’ X 6’ bilangan pokok yang boleh ditanam ialah 1000 pokok.
Sememangnya pokok gaharu mempunyai nilai yang sangat tinggi dan ia merupakan faktor utama
Pokok Karas yang menghasilkan gaharu boleh di tanam di kawasan sekeliling rumah dan tanah terbiar berikutan permintaan dan harganya yang tinggi.
Tahun lepas (27 April 2010 Sendayan) Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata pasaran gaharu dunia ketika ini mencecah RM200 juta, tetapi bekalan itu hanya memenuhi kira-kira 20 peratus daripada permintaan sebenar. Berikutan potensi pasaran gaharu yang besar, katanya, kerajaan negeri menggalakkan penduduk memulakan penanaman pokok karas secara kecil-kecilan di kawasan sekeliling rumah atau tanah terbiar yang sediaada.
“Saya yakin program merakyatkan penanaman karas mampu menjadi sumber pendapatan baru kepada penduduk negeri ini, terutama di luar bandar dan boleh dijadikan antara pendekatan kreatif untuk membasmi kemiskinan,” katanya selepas melancarkan Kempen Menanam 26 Juta Pokok peringkat negeri di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Sendayan, di sini.
Mohamad berkata, iklim tropika menyebabkan pokok karas sesuai ditanam di negara ini dan yakin penanaman pokok itu, terutama dilaksanakan secara komersial akan memberi kesan positif kepada ekonomi rakyat dalam jangka panjang. Katanya, pokok itu yang matang selepas tujuh tahun ditanam mampu menjana ekonomi penduduk pada masa depan berdasarkan faktor harga yang tinggi di pasaran dunia. Beliau juga meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) bersama-sama memberi sokongan untuk memastikan program penanaman pokok karas berjalan lancar di daerah masing-masing bermula tahun ini. (BERITA HARIAN ONLINE 27 APRIL 2010).
Punca utama mengapa pokok gaharu amat bernilai tinggi adalah kerana ia boleh diproses untuk menghasilkan produk kesukaan ramai iaitu minyak wangi. Selain itu, ia juga boleh menghasilkan pelbagai haruman yang sentiasa mempunyai permintaan tinggi sejak zaman berzaman.
Pada masa yang sama, daun-daun pokok gaharu boleh dijadikan produk teh hijau yang kini menjadi kegemaran ramai kerana mempunyai aroma yang menyegarkan selain rasanya yang cukup lazat. Minyak kayu gaharu juga boleh dijadikan sebagai bahan menghasilkan kosmetik kecantikan. Tidak cukup dengan itu akar-akar kayu pokok gaharu ini pula boleh dijadikan produk ubat-ubatan.
Justeru itu cadangan untuk menanam pokok gaharu dikeling rumah dan dijadikan landskap sangat praktikal dan boleh dilaksanakan dengan jayanya.

Memperkasakan Bumiputera Dalam Industri Burung Walit.


Sarang Burung walit adalah merupakan produk dari serabut-serabut ‘transparent’ (brittle) air liur Burung walit (Collocalia sp.). Permintaan produk  ini adalah amat besar di dalam dan luar negeri. Keadaan ini diaktifkan lagi dengan penawaran harga yang menarik dan tinggi, bergantung kepada saiz, warna, kebersihan, struktur dan kualiti sarang tersebut. Industri penternakan walit ini telah dimonopoli oleh masyarakat berketurunan Cina iaitu 95% dan hanya segelintir Bumiputera yang terlibat dalam Industri ini iaitu 5%.
Industri sarang burung walit merupakan satu industri yang amat menguntungkan pada masa ini. Berjuta-juta Ringgit Malaysia telah dilaburkan oleh peniaga-peniaga Cina dalam Industri Rumah Sarang Burung walit  seperti di Batu Pahat Johor, Port Dickson Negeri Sembilan, Barat Laut Selangor Selangor, Sitiawan, Pantai Remis Perak, dan kawasan Utara Semenanjung Malaysia. Mereka telah berjaya memperolehi pulangan RM 200,000.00 – RM 800,000.00 setiap tahun bagi sebuah Rumah Sarang Burung walit . Pelaburan ini juga telah memberi pulangan jutaan ringgit bagi setiap Rumah Sarang Burung Walit
Oleh itu suatu langkah perlu dilakukan untuk mewujudkan ‘Usahawan Bumiputera dalam Industri Rumah Sarang Burung Walit ’ ini. Bumiputera harus merebut peluang dalam industri ini, tambahan pula hanya 40% keperluan dunia dapat dipenuhi manakala selebihnya 60% masih belum dipenuhi. Sejak turun-temurun lagi sarang burung layang-layang menjadi makan berkhasiat tinggi bagi kaum cina untuk meningkatkan tahap kesihatan, mencantikkan kulit serta awet muda. Biasanya Sarang Burung walit di eksport ke China, Taiwan dan Jepun disamping untuk permintaan tempatan.  Tetapi permintaan dunia sekarang ini meningkat lagi dengan penemuan terbaru  saintis Eropah dan Barat yang mana menggunakan Sarang Burung Walit sebagai campuran dalam barangan kosmetik yang berkualiti, harga yang mahal dan produk bertaraf antarabangsa.

Isnin, 18 Julai 2011

Keberjayaan Teknologi Industri Gaharu Malaysia & Brunei

Malaysian Nuclear Agency

Radio Televesyen Brunei

Pendedahan ekslusif tentang pokok gaharu tv3

Bio Malaysia

Isnin, 11 Julai 2011

Jumaat, 8 Julai 2011

Doaku


Ya Allah ampunkan dosaku, isteriku & anak2ku. Ya Allah ampunkan dosa ibubapaku, kasihani mereka seperti mana mereka mengasihaniku sewaktu kecil. Ya Allah ampunkan dosa kedua mertuaku kasihani mereka seperti mana mereka mengasihani isteriku sewaktu kecil. Ya Allah ampunkan dosa adik beradikku, saudara-maraku, datuk nenek moyangku, sahabat2ku, para pekerjaku & muslimin serta muslimat. Ya Allah bersihkan hatiku, isteriku, anak2ku & keluargaku. Ya Allah kuatkan imanku, isteriku, anak2ku & keluargaku. Ya Allah berikan taufik & hidayahmu kepada ku, isteriku, anak2ku & keluargaku. Ya Allah tunjukkan ku, isteriku, anak2ku & keluargaku kejalan yang engkau redhai. Ya Allah berikan kekuatan kesabaran pada ku, isteriku, anak2ku & keluargaku. Ya Allah jauhkan diriku, isteriku, anak2ku & keluargaku dari perbuatan mungkar, syirik & munafik. Ya Allah jauhkan diriku, isteriku, anak2ku & keluargaku dari ganguan jin, syaitan & manusia yang kejam lagi zalim. Ya Allah berikan kesihatan tubuh badan kepada ku, isteriku, anak2ku & keluargaku. Ya Allah bukakan pintu rahmatmu kepada ku, isteriku, anak2ku & keluargaku. Ya Allah bukakan pintu rezeki kepada ku, isteriku, anak2ku & keluargaku. Ya Allah selamatkan ku, isteriku, anak2ku & keluargaku didunia & akhirat. Ya Allah muakbulkan doaku ya Allah ya Rahman ya Rahim.