Translate

Khamis, 28 Januari 2010

BAKA KAMBING




















DIAGNOSTIK TANAMAN

Apa yang dimaksudkan dengan Diagnostik tanaman?




MIKRO ECOSYSTEM.

- Tanah – Jenis Tanah.

- pH – Kemasaman yang berlainan.

- Rupa bentuk bumi – rata, bercerun atau berbukit.

- Baja – organik atau kimia.

- Saliran - bertakung atau tidak.

- Pengairan – ada atau tiada.

- Tanaman sekeliling – perumah kepada perosak atau sebaliknya.

- Penyemburan racun perosak – sesuai atau tidak.

BAGAIMANA DIAGNOSTIK DIJALANKAN.

- MENDAPATKAN MAKLUMAT “SEJARAH” LADANG.

- PENGETAHUAN DIDALAM PENGUKURAN PRESTASI TANAMAN YANG AKAN DIPERIKSA (SEMAK BUKU PAKEJ).

- MENJALANKAN PEMERIKSAAN LADANG DAN POKOK BERMASALAH (PRINSIP PEMERIKSAAN LADANG).

- DIAGNOS MASALAH.

- PENGETAHUAN DALAM LANGKAH –LANGKAH PEMULIHAN.

MAKLUMAT ‘SEJARAH’ LADANG.

- Identiti ladang (GPS).

- Keluasan ladang.

- Kegunaan ladang terdahulu.

- Tanaman sekeliling.

- Topografi.

- Cuaca (6 bulan lalu).

- Pengairan.

- Saliran.

- Pembajaan.

- Penyemburan racun perosak.

PENGETAHUAN DIDALAM PENGUKURAN PRESTASI TANAMAN.

- Ketinggian mengikut umur.

- Luas kanopi.

- Saiz batang.

- Bilangan dan saiz dahan.

- Saiz dan warna daun.

- Saiz dan bilangan bunga.

- Saiz dan bilangan buah.

MENJALANKAN PEMERIKSAAN LADANG & POKOK BERMASALAH.

Prinsip Menjalankan Diagnostik di ladang.

- Sentiasa berfikiran terbuka. Jangan membuat keputusan dengan cepat.

- Elak kaitkan perosak atau penyakit dijumpai bersama sebagai agent serangan kerana organisma yang ada dengan simptom tidak semestinya agent yang merosakkan tanaman tersebut.

- Memeriksa ‘Sejarah’ tanaman yang diserangi amat penting kerana perubahan cuaca melampau, Cara pembersihan kawasan, jenis baja, racun perosak dan racun rumpai yang digunakan akan mempengaruhi pertumbuhan pokok didalam jangka masa tertentu. Pada sesetengah pokok perubahan ini tidak boleh diperbaiki.

- Ambil kira semua faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan kesihatan pokok. Beri masa yang cukup untuk pemeriksaan pokok dari pucuk sehingga akar bagi mencari punca serangan tersebut.

- Kenal keadaan pertumbuhan pokok semasa seperti saiz batang, warna daun, tinggi pokok dll bagi memberi tanda awal jika ada serangan.

- Lebih dari separuh serangan pada pokok tidak disebabkan oleh perosak serangga dan
penyakit. Ini boleh disebabkan oleh masalah tanah, pembajaan atau cuaca (fisologi).

- Sesuatu serangan boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti cuaca, saliran, perosak dan penyakit, pencemaran udara, racun rumpai dll.

- Tanda simptom pada satu bahagian pokok mungkin disebabkan oleh serangan pada berlaku dibahagian lain seperti daun kering/layu yang disebabkan oleh masalah akar.

- Kebanyakkan serangan perosak serangga dan penyakit adalah spesifik kepada tanaman tertentu. Jika serangan pada berbagai tanaman ini adalah disebabkan oleh alam sekitar.

- Jangka hayat pokok adalah berlainan. Oleh itu pastikan umur pokok dan jangka hayat yang sepatutnya bagi pokok yang diperiksa.

- Pastikan pembelajaran diagnostik dijalankan secara ‘hands-on’ terutama dengan pegawai yang berpengelaman.

PEMERIKSAAN LADANG.

- MELIHAT SEKELILING LADANG SEPERTI TANDA AIR BERTAKUNG, BERDEKATAN DENGAN JALAN, LAMPU JALAN, KILANG DLL.

- MENENTUKAN BILANGAN POKOK YANG PERLU DIPERIKSA.

- MEMERIKSA SETIAP POKOK DENGAN MELIHAT SIMPTOM-SIMPTOM DAN ORGANISMA SEPERTI SERANGGA YANG BERBAGAI PERINGKAT DAN KULAT. PERLU GUNA KANTA PEMBESAR UNTUK ORGANISMA KECIL(KANTA X20).

- MENGISI MAKLUMAT DALAM BORANG PENELITIAN LADANG.

- MENGAMBIL SAMPEL-SAMPEL TANAMAN UNTUK UJIAN ATAU PEMERIKSAAN MAKMAL.

PEMERIKSAAN BAHAGIAN POKOK.

- MENGESAN PERUBAHAN-PERUBAHAN PADA BAHAGIAN-BAHAGIAN TANAMAN TERSEBUT.

- MELIHAT SIMPTOM HASIL DARI SERANGAN ATAU KEKURANGAN NUTRIEN TANAMAN TERSEBUT.

- MENILAI KEJADIAN DAN KETERUKAN SERANGAN BAGI DIJADIKAN ASAS MEMBUAT KEPUTUSAN PEMULIHAN.


SENARAI PENELITIAN DIAGNOSTIK LADANG.

MAKLUMAT PENTING YANG PERLU UNTUK KEPUTUSAN DIAGNOSTIK IALAH:-

i) Maklumat Asas Ladang

ii) Keadaan Ladang

iii) Pemeriksaan Pokok

MAKLUMAT ASAS LADANG.
1. NAMA PETANI.
2. NO LOT (GPS).
3. NAMA KAMPONG.
4. JENIS TANAMAN.
5. VARITI/KLON.
6. KELUASAN.
7. UMUR TANAMAN.
8. JENIS TANAH.
9. pH TANAH.
10. KEADAAN AIR.

KEADAAN LADANG.
1. TOPOGRAFI.
2. SALIRAN.
3. PENGAIRAN.
4. SISTEM TANAMAN.
5. JARAK TANAMAN.
6. KEADAAN RUMPAI.



PEMERIKSAAN POKOK DIBAHAGIKAN KEPADA:-
1. KESELURUHAN POKOK
2. PUCUK
3. DAUN
4. BUNGA
5. BUAH
6. BATANG
7. RANTING/DAHAN
8. AKAR

PENGETAHUAN DALAM PEMULIHAN.
1. MENENTUKAN TINDAKAN PEMULIHAN YANG PERLU DIAMBIL.
2. MEMBERI PANDUAN CARA-CARA PEMULIHAN ITU PERLU DI JALANKAN.
3. MEMPASTIKAN TINDAKAN PEMULIHAN INI DIJALANKAN SECARA EKONOMIK.

MASALAH TANAMAN:-

- NUTRIEN

- FISOLOGI

- SERANGGA

- PENYAKIT



MOBILITI BAJA.

- Nutrien mobil akan pindah ‘translocated’ dari daun tua ke daun muda.  Simptom kekurangan akan berlaku pada daun tua dibahagian bawah pokok.  Nutrien mobil adalah nitrogen (N), fosforos (P), kalium (K), dan magnesium (Mg).

- Nutrien tidak mobil tidak berpindah didalam tanaman. Simptom kekurangan berlaku pada daun muda (dibahagian atas). Nutrien atidak mobil ialah boron (B), kalcium (Ca), kupram (Cu), ferum (Fe), manganese (Mn), molybdenum (Mo), sulfur (S), and zinc (Zn).









KEKUNCI RINGKAS MENDIAGNOS KEKURANGAN NUTRIEN PADA TANAMAN

PROSES ASAS MENDIAGNOS MASALAH TANAMAN

Rabu, 27 Januari 2010

MENDIAGNOS GEJALA KEKURANGAN NUTRIEN PADA SAYUR-SAYURAN

3 kriteria utama sebagai unsur nutrien penting tanaman:

- kekurangan suatu unsur mengakibatkan tanaman gagal untuk meneruskan putaran hidup.
- Kekurangan adalah spesifik untuk unsur tertentu.
- Unsur tersebut terlibat secara langsung dalam pemakanan tumbuhan, eg: untuk aktiviti enzim/kandungan metabolite.

NUTRIEN TANAMAN


Pembahagian Nutrien Tanaman:

Unsur Makro
- Carbon (H), Hydrogen (H), Oxygen (O), Nitrogen (N), Sulphur (S), Phosphorus (P), Calcium (Ca), Potassium (K), Magnesium (Mg).

Unsur Mikro
- Boron (B), Chlorine (Cl), Copper (Cu), Iron (Fe), Zinc(Zn), Manganese (Mn), Molybdenum (Mo)

Gambarajah Leibeig Law of Minimum


Fungsi Nutrien Tanaman

1) Nitrogen
- Kandungan penting klorofil, protoplasma,protein dan asid nukleik .
- Menambah pembesaran dan pembentukan tisu.
- Membaiki kualiti sayuran daun dan rumput pastura dan kandungan protein bijirin.

2) Phosphorus
- Kandungan penting klorofil, protoplasma,protein dan asid nukleik .
- Menambah pembesaran dan pembentukan tisu.
- Membaiki kualiti sayuran daun dan rumput pastura dan kandungan protein bijirin.

3) Potassium
- Kawal tekanan osmotik .
- Kawal proses metabolisma an fotosintisis.
- Bantu ketahanan kepada penyakit.
- Menambah saiz bijirin/buah.

4) Calcium
- Pertumbuhan meristem dan ketelapan dinding sel.
- Kawal tekanan osmotik
- Penggalak enzim adenosine triphosphates dan phospholipase.
- Penghalang keracunan dengan meneutralkan asid organik dalam tumbuhan.

5) Magnesium
- Kandungan molekul klorofil dan penting untuk fotosintisis .
- Penggalak enzim dalam metabolisma karbohidrat.

6) Sulfur
- Kandungan asid amino .
- Terlibat dalam aktiviti metabolisma vitamin, thiamine dan biotine.
- Membantu kestabilan struktur protein.

7) Zinc
- Terlibat dalam biosintisis indoleacetic acid .
- Berperanan dalam pembentukan asid nukleik dan protein.

8) Copper
- Kandungan ‘cytochrome oxidase’ dan kebanyakan enzim .
- Merangsang pembentukan vitamin A dalam tumbuhan.

9) Iron
- Penting untuk pembentukan dan pemuliharaan klorofil .
- Kandungan penting kebanyakan enzim.
- Peranan penting dalam metabolisma RNA dan kloroplasma.

10) Manganese
Mangkin beberapa tindakbalas enzim yang terlibat dalam metabolisma nitrogen dan pembentukan klorofil.

11) Boron
- Penting untuk pembentukan sel-sel baru dibahagian pucuk.
- Berkait rapat dengan pengambilan unsur Cal.

12) Molibdinum
- Penting bagi enzim yang terlibat dengan penggunaan dan pengikatan nitrogen seperti ‘nitrate reductase’ dan ‘nitrogenase’.
- Diperlukan oleh Rhizobea untuk pengikatan nitrogen.

13) Klorin
Merangsang aktiviti beberapa enzim dan mempengaruhi metabolisma karbohidrat dan keupayaan tisu tumbuhan memegang air.

Gejala kekurangan nutrien

Sangat ‘reliable’ apabila:

- Semua faktor lain menggalakan pertumbuhan normal.
- Gejala berlaku pada banyak pokok didalam suatu kawasan.
- gejala berlaku berkaitan terus dengan cara pengurusan atau jenis tanah tertentu.

Kekurangan nutrien berlaku sebagai (pada pokok):

- ‘Acute deficiency’ - kekurangan teruk dan gejala visual jelas.
- ‘Latent deficiency’ - tiada gejala visual.
- ‘Single deficiency’- kekurangan hanya satu nutrien.
- ‘Mixed deficiency’- kekurangan dua atau lebih nutrien pada satu pokok.



Kekurangan nutrien berlaku sebagai (dalam tanah):

- ‘Absolute deficiency’ - disebabkan kekurangan kandungan nutrien dalam tanah.
- ‘Induced deficiency’ - disebabkan pengikatan nutrien dalam tanah atau kesan antagonistik antara nutrien.

Faktor-faktor menyebabkan Kekurangan Nutrien:

Nutrien tersedia tidak cukup disebabkan:
- Faktor kimia (eg. pH rendah)
- Nutrien sediada dalam tanah rendah.

Sistem akar terbantut
- Sejuk, berair, kering, tanah padat.

Sistem akar rosak
- Mekanikal, penyakit/perosak, racun, banjir.

Genetik tanaman
- untuk N semua spisis sensitif, Tomato sensitif kepada Ca dan K tetapi kobis kurang sensitif kepada Ca, Betik sensitif kepada Boron.

Gejala kekurangan nutrien termasuk:

- Klorosis – kekuningan daun.
- Klorosis antara urat daun.
- Nekrosis – sel dan tisu mati atau bertukar kepada hitam/perang.
- Terbantut.

Pergerakan Nutrien dalam pokok:

Mobile
- Nitrogen, Phosphorus, Potassium

Immobile
- Boron, Calcium, Copper, Iron, Manganese, Molybdinum dan Zinc.

MOBILITI NUTRIEN


MOBILITI NUTRIEN

A) Bagi nutrien yang sangat mobile. Menunjukkan gejala kekurangan nutrien pada daun tua. Gejala semakin berkurangan pada daun bahagian atas. Contoh: Potassium dan Magnesium.

B) Bagi nutrien tak mobile. Gejala tertumpu kepada daun bahagian atas. Contoh: Calcium dan Boron.

C) Bagi nutrien yang mobile. Gejala kelihatan hampir sama pada bahagian daun muda dan tua. Contoh: Nitrogen, Phosphorus dan Sulfur.

Apabila mendiagnos gejala kekurangan nutrien:

Huraikan gejala.
- warna daun, saiz daun/buah, bentuk daun dll.

Nyatakan kedudukan gejala pada pokok.
- pada daun tua, muda atau keseluruhan pokok.

Dapatkan sebanyak mungkin maklumat berikut:
- pH tanah.
- Kandungan bahan organik.
- Maklumat analisis tanah.
- Tekstur tanah.
- Pengurusan tanaman.

Mendiagnos kekurangan nutrien tanaman melalui….

Analisis tanah
- Kandungan nutrien dalam tanah.

Analisis daun
- Kandungan nutrien dalam daun.

Gejala kekurangan nutrien
- `abnormal appearance’ pokok.

Analisis tanah:
- Kurang ‘reliable’ untuk unsur mikro berbanding unsur makro
- Interpretasi data hanya dengan data tempatan
- Perlu kemahiran dan keperluan sebenar nutrien sesuatu tanaman

Analisis daun:
- Boleh mendiagnos kekurangan teruk, tak jelas (latent), tunggal dan bercampur-campur.
- Interpretasi data perlu kepada nilai kritikal tanaman terbabit.
- Memerlukan penyampelan bahagian-bahagian tertentu.

Gejala kekurangan nutrien:
- Teknik mudah bagi pegawai pengembangan dan mudah diamalkan petani
- Menggambarkan hanya gejala ‘acute’, bukan ‘hidden’
- Kadang-kadang meragukan apabila berlaku kekurangan lebih daripada satu nutrien

Tanda-tanda kekurangan nutrien pada tanaman sayur:

1)Nitrogen
- Tumbesaran terbantut
- Batang kurus dan daun kurang
- Daun kekuningan
- Pada sayur buah, buah kurang dan saiz kecil.
- Kandungan protein rendah

2) Phosphorus
- Tumbesaran terbantut
- Daun muda/batang berwarna hijau gelap atau keunguan.
- Pada sayur buah, kematangan leawt, pembentukan biji dan buah tiada atau kurang bila serius.
- Pembentukan akar terbantut

3) Potassium
- Tanda bermula pada daun di bahagian bawah, manakala daun di bahagian atas masih hijau. Klorosis bermula dari tepi daun diikuti oleh melecur dan hujung daun kering dan kekuningan merebak keseluruh daun dan akhirnya daun jadi kering dan gugur.
- Tumbuhan lemah dan mudah tumbang.
- Biji dan buah kecil

4) Calcium
- Kesan bermula pada daun muda, daun kecil.
- Daun berbentuk seperti cawan, berkedut dan pertumbuhan pucuk terbantut.
- Daun jenis kukurbit seperti timun menjadi kecil dan kerinting. Daun yang kerinting akan melecur.
- Pada keadaan teruk pucuk mati dan kering.
- Bahagian bawah buah tomato menjadi reput kerana kerosakan dinding sel (Blossom-end-rot).
- Kuntum bunga dan putik gugur sebelum matang.

5) Magnesium
- Tanda bermula pada daun tua. Urat daun hijau dan antara urat daun kuning (klorosis). Bila teruk nekrosis terjadi dan daun kering dan gugur bermula daripada daun bahagian bawah.

6) Sulfur
- Keseluruhan daun menjadi hijau muda dan kemudian hijau kekuningan atau kuning. Tanda bermula pada daun muda.
- Daun sayur Brassica seperti sawi menjadi melengkung seperti mangkuk.

7) Zinc
- Ruas batang dan daun menjadi pendek dan kawasan antara urat daun berklorosis. Kawasan berklorosis lama-kelamaan bernekrosis. Daun baru semakin kecil.
- Bunga hujung dan buah gugur pada kacang hijau dan buncis.

8) Copper
- Pertumbuhan daun muda terencat dan berklorosis. Kawasan berklorosis lama-kelamaan bernekrosis.
- Pada kobis cina dan dan bayam, daun memanjang dan berbentuk cawan, dihujung daun klorosis dan melengkung kebelakang. Pokok bantut dan bungkah tak terbentuk.

9) Iron
- Warna kuning atau keputihan muncul antara urat daun muda. Kemudian urat juga akan jadi kekuningan atau putih. Seterusnya jika teruk, tanda akan merebak ke daun-daun tua.
- Buah cili menjadi hijau pucat atau hijau keputihan dan bila masak bertukar menjadi jingga.

10) Manganese
- Warna kuning/Bintik kuning halus antara urat daun muncul pada daun muda. Jika teruk tanda ini merebak ke bahagian bawah dan daun muda bernekrosis mengakibatkan mati rosot pada pucuk.

11) Boron
- Pucuk berkerinting dan batang jadi pendek.
- Daun berubah bentuk (tekstur tebal, kadang-kadang kerinting), kecil dan rapuh.
- Tanda khusus termasuk kubis bunga dan bahagian dalam kubis menjadi perang, batang daun saderi retak memanjang.

12) Molibdinum
- Daun tua berklorosis. Kemudian tepi daun berklorosis. Tanda yang sama juga ditunjukkan oleh daun muda bila teruk.
- Tanda khusus pada kubis bunga ialah pembesaran lai daun terbantut, melengkung kedalam dengan hanya meninggalkan urat tengah bila teruk.





Mengatasi Gejala Kekurangan Nutrien (umum)




Mengatasi Gejala Kekurangan Nutrien