Apa yang dimaksudkan dengan Diagnostik tanaman?
MIKRO ECOSYSTEM.
- Tanah – Jenis Tanah.
- pH – Kemasaman yang berlainan.
- Rupa bentuk bumi – rata, bercerun atau berbukit.
- Baja – organik atau kimia.
- Saliran - bertakung atau tidak.
- Pengairan – ada atau tiada.
- Tanaman sekeliling – perumah kepada perosak atau sebaliknya.
- Penyemburan racun perosak – sesuai atau tidak.
BAGAIMANA DIAGNOSTIK DIJALANKAN.
- MENDAPATKAN MAKLUMAT “SEJARAH” LADANG.
- PENGETAHUAN DIDALAM PENGUKURAN PRESTASI TANAMAN YANG AKAN DIPERIKSA (SEMAK BUKU PAKEJ).
- MENJALANKAN PEMERIKSAAN LADANG DAN POKOK BERMASALAH (PRINSIP PEMERIKSAAN LADANG).
- DIAGNOS MASALAH.
- PENGETAHUAN DALAM LANGKAH –LANGKAH PEMULIHAN.
MAKLUMAT ‘SEJARAH’ LADANG.
- Identiti ladang (GPS).
- Keluasan ladang.
- Kegunaan ladang terdahulu.
- Tanaman sekeliling.
- Topografi.
- Cuaca (6 bulan lalu).
- Pengairan.
- Saliran.
- Pembajaan.
- Penyemburan racun perosak.
PENGETAHUAN DIDALAM PENGUKURAN PRESTASI TANAMAN.
- Ketinggian mengikut umur.
- Luas kanopi.
- Saiz batang.
- Bilangan dan saiz dahan.
- Saiz dan warna daun.
- Saiz dan bilangan bunga.
- Saiz dan bilangan buah.
MENJALANKAN PEMERIKSAAN LADANG & POKOK BERMASALAH.
Prinsip Menjalankan Diagnostik di ladang.
- Sentiasa berfikiran terbuka. Jangan membuat keputusan dengan cepat.
- Elak kaitkan perosak atau penyakit dijumpai bersama sebagai agent serangan kerana organisma yang ada dengan simptom tidak semestinya agent yang merosakkan tanaman tersebut.
- Memeriksa ‘Sejarah’ tanaman yang diserangi amat penting kerana perubahan cuaca melampau, Cara pembersihan kawasan, jenis baja, racun perosak dan racun rumpai yang digunakan akan mempengaruhi pertumbuhan pokok didalam jangka masa tertentu. Pada sesetengah pokok perubahan ini tidak boleh diperbaiki.
- Ambil kira semua faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan kesihatan pokok. Beri masa yang cukup untuk pemeriksaan pokok dari pucuk sehingga akar bagi mencari punca serangan tersebut.
- Kenal keadaan pertumbuhan pokok semasa seperti saiz batang, warna daun, tinggi pokok dll bagi memberi tanda awal jika ada serangan.
- Lebih dari separuh serangan pada pokok tidak disebabkan oleh perosak serangga dan
penyakit. Ini boleh disebabkan oleh masalah tanah, pembajaan atau cuaca (fisologi).
- Sesuatu serangan boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti cuaca, saliran, perosak dan penyakit, pencemaran udara, racun rumpai dll.
- Tanda simptom pada satu bahagian pokok mungkin disebabkan oleh serangan pada berlaku dibahagian lain seperti daun kering/layu yang disebabkan oleh masalah akar.
- Kebanyakkan serangan perosak serangga dan penyakit adalah spesifik kepada tanaman tertentu. Jika serangan pada berbagai tanaman ini adalah disebabkan oleh alam sekitar.
- Jangka hayat pokok adalah berlainan. Oleh itu pastikan umur pokok dan jangka hayat yang sepatutnya bagi pokok yang diperiksa.
- Pastikan pembelajaran diagnostik dijalankan secara ‘hands-on’ terutama dengan pegawai yang berpengelaman.
PEMERIKSAAN LADANG.
- MELIHAT SEKELILING LADANG SEPERTI TANDA AIR BERTAKUNG, BERDEKATAN DENGAN JALAN, LAMPU JALAN, KILANG DLL.
- MENENTUKAN BILANGAN POKOK YANG PERLU DIPERIKSA.
- MEMERIKSA SETIAP POKOK DENGAN MELIHAT SIMPTOM-SIMPTOM DAN ORGANISMA SEPERTI SERANGGA YANG BERBAGAI PERINGKAT DAN KULAT. PERLU GUNA KANTA PEMBESAR UNTUK ORGANISMA KECIL(KANTA X20).
- MENGISI MAKLUMAT DALAM BORANG PENELITIAN LADANG.
- MENGAMBIL SAMPEL-SAMPEL TANAMAN UNTUK UJIAN ATAU PEMERIKSAAN MAKMAL.
PEMERIKSAAN BAHAGIAN POKOK.
- MENGESAN PERUBAHAN-PERUBAHAN PADA BAHAGIAN-BAHAGIAN TANAMAN TERSEBUT.
- MELIHAT SIMPTOM HASIL DARI SERANGAN ATAU KEKURANGAN NUTRIEN TANAMAN TERSEBUT.
- MENILAI KEJADIAN DAN KETERUKAN SERANGAN BAGI DIJADIKAN ASAS MEMBUAT KEPUTUSAN PEMULIHAN.
SENARAI PENELITIAN DIAGNOSTIK LADANG.
MAKLUMAT PENTING YANG PERLU UNTUK KEPUTUSAN DIAGNOSTIK IALAH:-
i) Maklumat Asas Ladang
ii) Keadaan Ladang
iii) Pemeriksaan Pokok
MAKLUMAT ASAS LADANG.
1. NAMA PETANI.
2. NO LOT (GPS).
3. NAMA KAMPONG.
4. JENIS TANAMAN.
5. VARITI/KLON.
6. KELUASAN.
7. UMUR TANAMAN.
8. JENIS TANAH.
9. pH TANAH.
10. KEADAAN AIR.
KEADAAN LADANG.
1. TOPOGRAFI.
2. SALIRAN.
3. PENGAIRAN.
4. SISTEM TANAMAN.
5. JARAK TANAMAN.
6. KEADAAN RUMPAI.
PEMERIKSAAN POKOK DIBAHAGIKAN KEPADA:-
1. KESELURUHAN POKOK
2. PUCUK
3. DAUN
4. BUNGA
5. BUAH
6. BATANG
7. RANTING/DAHAN
8. AKAR
PENGETAHUAN DALAM PEMULIHAN.
1. MENENTUKAN TINDAKAN PEMULIHAN YANG PERLU DIAMBIL.
2. MEMBERI PANDUAN CARA-CARA PEMULIHAN ITU PERLU DI JALANKAN.
3. MEMPASTIKAN TINDAKAN PEMULIHAN INI DIJALANKAN SECARA EKONOMIK.
MASALAH TANAMAN:-
- NUTRIEN
- FISOLOGI
- SERANGGA
- PENYAKIT
MOBILITI BAJA.
- Nutrien mobil akan pindah ‘translocated’ dari daun tua ke daun muda. Simptom kekurangan akan berlaku pada daun tua dibahagian bawah pokok. Nutrien mobil adalah nitrogen (N), fosforos (P), kalium (K), dan magnesium (Mg).
- Nutrien tidak mobil tidak berpindah didalam tanaman. Simptom kekurangan berlaku pada daun muda (dibahagian atas). Nutrien atidak mobil ialah boron (B), kalcium (Ca), kupram (Cu), ferum (Fe), manganese (Mn), molybdenum (Mo), sulfur (S), and zinc (Zn).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan