Translate

Rabu, 1 November 2017

Nasihat Kepada Peladang Dan Pekebun Gaharu Di Malaysia

Sebelum melakukan Inokulasi pada Pokok Gaharu anda, perkara yang WAJIB anda tahu ialah :-

1. Anda WAJIB Membuat pendaftaran ladang Gaharu di Pejabat Perhutanan Negeri dan WAJIB membuat pendaftaran ladang Gaharu di Pejabat Lembaga Perindustrian Perkayuan Malaysia.

2. Mempunyai data mengenai tanaman iaitu seperti spesis yang ditanam, umur pokok, ukur lilit setiap pokok, jarak tananam, status tanah yang digunakan dan sebagainya.

3. Dimanakah pasaran @ kemanakah hasil nanti anda hendak jual. Anda WAJIB tahu apa yang pasaran @ pembeli mahukan sama ada teras bakar @ teras hiasan @ minyak @ lain².

4. Anda WAJIB tahu dimana tempat hendak proses pokok @ kayu anda yang sudah di inokulasi sama ada nak jadikan teras bakar @ teras hiasan @ minyak @ lain².

5. Anda WAJIB tahu teknik dan bahan yang digunakan untuk proses inokulasi pokok anda. Perkara ini amat penting untuk anda tahu kerana perbezaan teknik dan bahan Inokulan akan menghasilkan hasil yang berlainan.

6. Anda WAJIB tahu bila masa @ cuaca yang sesuai Untuk memulakan Proses Inokulasi.

7. Anda WAJIB tahu ciri2 @ tanda2 Pokok yang anda Inokulasi itu mula recover @ sedang recover @ sudah recover sepenuhnya.

8. Anda WAJIB tahu bila masa yang sesuai untuk tuai hasil dan bagaimana cara nak menuai hasil.
Jika 8 perkara diatas sudah anda penuhi mengikut turutannya, InsyaAllah proses seterusnya akan mudah dan lancar.

Nasihat dan pesanan saya paling penting kepada sahabat² sekalian:-

1. Buatlah semuanya kerana Allah.

2. Setiap pelaburan yang hanya menjamin keuntungan sahaja tanpa menceritakan kerugian @ keburukan itu RIBA.

3. Carilah ilmu sebanyaknya.

4. Perbanyakkan guru anda dan Jangan tabsub pada Seorang Guru sahaja.

5. WAJIB Tahu apa kehendak pasaran sebelum memilih spesis pokok untuk ditanam. Kerana Spesis juga memainkan peranan yang penting dalam pasaran yang hendak dituju.

6. Selagi tak jumpa pasaran @ pembeli JANGAN inokulasi pokok anda.

7. Jangan letak pengharapan yang Tinggi.

8. Banyakkan berdoa dan bersujud pada Allah.

9. jika anda gagal perlulah bersabar dan redho diatas ketentuan Allah.

10. Jika sudah berjaya Jangan lupa pada tanggungjawap kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini.

Wallahualam.