Translate

Isnin, 30 November 2015

Seminar Gaharu Pembuatan Inokulan Dan Teknik Inokulasi

Seminar Gaharu Pembuatan Inokulan Dan Teknik Inokulasi.

Kepada yang tercari² cara pembuatan inokulan dan teknik inokulasi, InsyaAllah di sini anda akan perolehi.

“Tidak akan bergeser kaki manusia di hari kiamat dari sisi Rabbnya sehingga ditanya tentang lima hal: tentang umurnya dalam apa ia gunakan, tentang masa mudanya dalam apa ia habiskan, tentang hartanya dari mana ia perolehi dan dalam hal apa ia dibelanjakan, dan tentang ilmu yang diperolehi, adakah sudah disampaikan.” (HR At-Tirmidzi dari Ibnu Mas’ud r.a. Lihat Ash-Shahihah, no. 946)

#inokulan #inokulasi #gaharu #depu #karas #inoculant #cucukpokokgaharu #hubgaharuterengganu #hubgaharu

Jumaat, 27 November 2015

Isnin, 23 November 2015

Produk Wangian Berasaskan Gaharu

Kepada penduduk Negeri Johor dan Negara Singapura yang ingin mendapatkan produk berasaskan gaharu keluaran Wafiqah Group bolehlah menghubungi Stockis kami En. Muhammad Fuad(Johor) +6019-7765757 dan En. Alamshah(Singapura) +6598436901 SERTA kepada sesiapa ingin menjadi agents juga boleh hubungi Stockis kami di setiap Negeri atau Negara, manakala yang berminat menjadi Stockis Negeri atau Negara boleh berurusan terus dengan En.  +6019-6646291 @ En. Faizul Anuar  +6010-2205745

Ahad, 22 November 2015

Pameran Produk Hiliran Gaharu

Pameran produk hiliran gaharu di Program Hello Komoditi Peringkat Daerah Sabak Bernam, Selangor. Terima kasih kepada Lembaga Perindustrian Perkayuan Malaysia kerana banyak memberi sokongan dan peluang kepada kami.

Sabtu, 7 November 2015

Pengunjung Ke Ladang Kami

Ucapan ribuan Terima Kasih kepada semua pengunjung ke ladang serta nursery kami. Semoga hubungan silatulrahim yang dibina berkekalan hingga ke jannah.

KELAS GAHARU PERCUMA setiap hari sabtu dari jam 9.30am-5.00pm. Terhad kepada 10 orang dalam setiap sesi. Siapa cepat dia dapat,

Pengunjung Ke Showroom Gaharu Kami

Alhamdulillah terima kasih kepada semua pengunjung yang berurusan dan berurus niaga dengan kami Wafiqah Group.

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan dan memberi rezeki berlimpah ruah kepada kita semua.

Rabu, 4 November 2015

Islam tuntut umat usahakan pertanian hingga akhir zaman

KEPENTINGAN bidang pertanian pada pandangan Islam dapat dilihat daripada banyaknya ayat al-Quran yang menyebutkan mengenai hasil tanaman dan buah- buahan yang pelbagai. 

Kegiatan pertanian dari aspek akidah dapat mendekatkan diri seseorang kepada Allah. Hal ini kerana tanda kebesaran Allah dapat dilihat dengan jelas dalam proses kejadian tumbuh-tumbuhan atau tanaman. 

Melakukan usaha pertanian lebih membuatkan seseorang itu memahami hakikat sebenar tawakal kepada Allah dan beriman kepada kekuasaan-Nya. Petani walaupun perlu bekerja keras dan menggunakan segala kepakaran untuk menjayakan usaha pertaniannya, yang memberikan hasil adalah Allah. 

Manusia berusaha dan berdoa agar mendapat hasil baik. Tetapi, jika semua itu dilakukan, tidak juga mendapat hasil diharapkan, maka petani hendaklah pasrah kepada ketentuan Allah. Ia hendaklah diterima sebagai sebahagian daripada qada dan qadar Allah. Ini tidak bermakna manusia tidak dituntut melakukan sebaik mungkin usaha untuk mengelakkan kesan buruk kejadian itu. 

Jika pertanian adalah satu-satunya bidang yang seseorang boleh lakukan dan berupaya menceburinya bagi mencari nafkah bagi diri dan keluarganya, maka bertani adalah fardu ain baginya. 

Begitu juga, jika pihak pemerintah mengeluarkan arahan kepada seseorang yang ada kepakaran dan kemahiran dalam satu-satu bidang pertanian yang diperlukan negara atau masyarakat dan tidak ada orang lain yang mampu melakukannya, maka dia juga wajib menjalankan usaha itu. 

Namun, apabila ada ramai petani yang mampu melakukan usaha sedemikian, maka menjadi fardu kifayah kepada sesiapa melakukannya demi kepentingan awam untuk mengeluarkan bekalan makanan yang cukup bagi semua. Dalam Islam, fardu kifayah lebih mulia dan penting bagi seseorang untuk melakukannya. 

Hal ini kerana manfaatnya lebih besar daripada manfaat peribadi. Kebanyakan fuqaha Islam berpendapat bahawa pertanian adalah lebih afdal atau utama pada pandangan Islam berbanding perniagaan dan perusahaan atau perkilangan. Keadaan ini kerana manfaat pertanian lebih meluas dan kepentingannya tidak dapat dinafikan sebagai bidang yang membekalkan makanan kepada umat. 

Pandangan itu tepat, jika ditinjau dari keadaan yang berlaku hari ini. Ada negara yang dilanda krisis kewangan mengalami kekurangan bahan makanan. Mereka tidak mampu mengimportnya kerana kekurangan tukaran wang asing. 

Jika, sesebuah negara atau masyarakat itu bergantung kepada sumber luar untuk membekalkan bahan makanannya, keadaan ini berisiko tinggi. 

Ia mendedahkan negara atau masyarakat itu kepada ancaman dan sabotaj luar pada bila-bila masa. 

Nabi Muhammad saw menjelaskan kepentingan pertanian dalam sabda Baginda bermaksud: "Andainya kiamat tiba dan pada tangan seseorang daripada kamu ada sebatang anak kurma, maka hendaklah dia tanpa berlengah-lengah lagi menanamkannya." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Begitu penting pertanian hingga pada akhir zaman pun, bidang ini tidak boleh diabaikan. Keadaan itu kerana seperti yang dijelaskan, ia adalah sumber terpenting bagi kehidupan manusia sebagai penyumbang bekalan makanan. 

Sesuai dengan kedudukannya sebagai sektor yang sangat digalakkan, kita dapati ada beberapa insentif diperuntukkan dalam Islam bagi sektor ini, sama ada kebendaan atau kerohanian. 

Bagi umat Islam, bidang pertanian adalah antara cara mudah bagi mendapat pahala dan ganjaran daripada Allah, selain menerima manfaat atau pendapatan halal daripada hasil jualan keluaran pertanian. 

Rasulullah bersabda bermaksud: "Tiada seorang Muslim pun yang bertani, lalu hasil pertaniannya dimakan oleh burung atau manusia atau binatang, melainkan dia akan menerima pahala di atas hal itu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 

Dalam hadis lain, Baginda bersabda maksudnya: "Tiada seorang lelaki menanam sesuatu tanaman, melainkan Allah menetapkan baginya ganjaran sebanyak jumlah buah yang dihasilkan oleh tanaman berkenaan." (Hadis riwayat Imam Ahmad) 

Sabda Nabi bererti: "Carilah rezeki dari khazanah bumi." (Hadis riwayat at-Tabrani) 

Mengusahakan hasil bumi dengan bertani dan tanah terbiar adalah antara cara mendapatkan punca pendapatan halal.

Tidak lama setelah tiba di Madinah, Nabi Muhammad menggalakkan usaha dalam bidang pertanian dipertingkatkan. 

Bumi Madinah yang sememangnya subur perlu diusahakan dengan lebih giat. Kaum Muhajirin yang berhijrah bersama Baginda diaturkan supaya dapat bekerjasama dengan kaum Ansar iaitu penduduk asal Madinah dalam mengusahakan kegiatan pertanian. 

Dalam sebuah hadis, Rasulullah diriwayatkan sebagai berkata maksudnya: "Sesiapa yang memiliki tanah, hendaklah dia mengusahakannya, namun jika dia tidak berupaya melakukannya, maka hendaklah diberikan kepada saudaranya (supaya diusahakan) dan janganlah dia menyewakannya." (Hadis riwayat Abu Daud) 

Hakikat betapa Islam sangat menggalakkan sektor pertanian jelas dilihat daripada peruntukan dalam syariah berdasarkan hadis Nabi iaitu sesiapa saja yang mengusahakan tanah kerajaan dengan jayanya akan mendapat hak milik kekal terhadap tanah berkenaan. Hal ini berdasarkan pendapat kebanyakan ulama. 

Berdasarkan pendapat mazhab Malik, hak milik yang diperoleh itu adalah hak milik sementara saja, jika selepas mendapat hak milik tanah itu, dibiarkan semula terbiar, orang lain yang mengusahakannya akan memperoleh hak milik dengan menjayakannya. Hukum di atas adalah berdasarkan kepada hadis Nabi bermaksud: "Sesiapa yang menjayakan tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa (yakni tanah kerajaan), maka dia lebih berhak terhadapnya." (Hadis riwayat Imam Ahmad, Malik dan Bukhari) 

Peruntukan itu jelas memberi insentif kepada pengusaha bidang pertanian yang mengusahakan tanah terbiar. Seseorang yang ingin menjayakan tanah terbiar kerajaan dibenarkan menanda atau memagar tanah sedemikian bagi menjalankan projek pertaniannya. 

Bagaimanapun, tanah yang ditanda dan diteroka itu tidak harus dibiarkan lebih daripada tiga tahun tanpa diusahakan. Jika dibiarkan begitu, orang lain berhak mengusahakannya. Peruntukan itu berdasarkan dasar yang dijalankan oleh Saidina Umar ketika pemerintahannya. 

Tanah dianggap terbiar atau mati jika ia: 

* Gersang yakni tiada pengairan. 
* Berpaya atau ditenggelami air. 
* Tidak sesuai untuk tumbuhan. 
* Tidak boleh digunakan bagi tujuan lain, selain pertanian. 
* Terletak jauh daripada penempatan penduduk. 
* Tidak termasuk dalam kawasan simpanan penempatan bagi kegunaan masyarakat setempat seperti bagi tujuan padang ragut, tempat mencari kayu api dan tempat melakukan riadah. 

Bagaimanapun, ada perselisihan pendapat dalam undang-undang Islam sama ada keizinan pemerintah diperlukan sebelum seseorang itu memulakan penerokaan itu. 

Pendapat Imam Abu Hanifah, pengasas mazhab Hanafi menyatakan keizinan diperlukan. Dua ulama utama mazhab Hanafi iaitu Abu Yusuf dan Hassan al- Syaibani serta mazhab Al-Syafie berpendapat sebaliknya. 

Pendapat ketiga yang juga pendapat mazhab Maliki menyatakan izin diperlukan, jika tanah itu terletak hampir dengan kawasan penempatan. Hal ini kerana tanah yang sedemikian ditakuti termasuk dalam kawasan simpanan awam. 

Jadi, bagi memastikan tidak berlaku pencerobohan di kawasan itu, izin daripada pihak kerajaan diperlukan. 

Di Malaysia, pihak yang hendak memulakan projek pertanian boleh memohon untuk mendapatkan lesen menduduki sementara (Tol) daripada pihak berkuasa negeri atau terus memohon hak milik. 

Peraturan sepatutnya memastikan agar pemilik tanah atau pihak yang mendapat Tol mengusahakan tanah itu bagi tujuan pertanian. 

Pengusaha itu tidak sepatutnya membiarkannya terbiar begitu saja selepas diberikan lesen atau hak milik oleh pihak berkenaan seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang Islam.� 

PENGGUNAAN kaedah atau teknologi terkini tidak dilarang dalam Islam, asalkan tidak membawa kepada keburukan jelas. Pada satu masa, Nabi Muhammad saw mendapati petani di Madinah melakukan usaha mengahwinkan benih (bunga) kurma, lalu Baginda mengesyorkan agar mereka tidak melakukannya.

Mereka mengikut saranan itu kerana proses berkenaan sukar dan mengambil masa. Pada musim berikutnya, kurma mereka tidak begitu menghasilkan buah yang baik, lalu mereka menceritakan hal itu kepada Nabi. Baginda bersabda bermaksud:

"Aku hanya seorang manusia biasa. Jika aku perintahkan kamu terhadap sesuatu perkara keagamaan, maka hendaklah kamu semua ikutinya, dan jika aku perintahkan kamu mengenai sesuatu berdasarkan pendapatku, maka sesungguhnya aku hanya seorang manusia biasa."

Hak mendapat bekalan air dari sumbernya perlu dikongsi oleh pemilik tanah berdekatan. Dalam sebuah hadis ada dijelaskan bahawa Nabi memutuskan bahawa setiap pemilik tanah yang di hulu sungai atau mata air berhak mengairi tanah pertaniannya hingga ke paras buku lali

Selepas itu, dia hendaklah mengalirkan air itu kepada jirannya yang di sebelah hilir yang berhak mendapat bahagian yang sama hingga air itu dialirkan seterusnya hingga habis. Keputusan ini pernah dibuat Nabi dalamnya satu kes yang membabitkan seorang sahabat bernama al-Zubair, yang bertelingkah dengan jirannya mengenai hak pengairan.

Bagi menggalakkan sektor penternakan pula, Islam menetapkan agar setiap kampung atau kawasan penempatan memperuntukkan satu kawasan simpanan. Ia dikhaskan sebagai kawasan padang ragut awam bagi membolehkan penduduk yang mahu menternak melepaskan ternakan mereka di kawasan itu.� Kawasan ini tidak boleh diberikan hak milik kepada orang perseorangan demi kepentingan awam.

Hubungan baik dan kepentingan petani dan penternak sentiasa diberi perhatian dalam Islam. Rasulullah menetapkan bahawa tanggungjawab petani adalah menjaga keselamatan kebun mereka pada waktu siang dan daripada diceroboh oleh ternakan.

Pemilik binatang ternakan diwajibkan memastikan ternakan mereka dikurung pada waktu malam agar tidak memusnahkan tanaman pada waktu itu. Langkah itu dapat menjaga kepentingan kedua-dua pihak dan kemaslahatan umum dipelihara.

Kecuaian sesuatu pihak dalam menunaikan tanggungjawab mereka pasti akan meninggalkan kesan dari segi undang-undang seperti pampasan perlu diberikan kepada pihak yang menanggung kerugian.

Kegiatan memonopoli dan menyorok sesuatu barangan (ikhtikar), terutama barang makanan tidak dibenarkan dalam Islam. Rasulullah bersabda : "Hanya orang berdosa� yang melakukan kegiatan ikhtikari." (Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dam Ibn Majah)

Begitu juga kegiatan orang tengah yang mengambil kesempatan dalam urusan pemasaran sesuatu barangan, termasuk barang makanan. Oleh itu, Islam melarang arus niaga yang dinamakan talaqa al-Rukban iaitu kegiatan menemui pengeluar barangan, termasuk petani di luar pekan dan membeli barangan mereka sebelum sampai ke bandar atau pekan dan mengetahui harga pasaran sebenar.

Islam juga menggariskan beberapa hukum lain mengenai perniagaan bahan pertanian. Ia termasuk mensyaratkan jika sesuatu tanaman atau buah-buahan itu belum masak, maka sekiranya hendak dijual, perlu dituai atau dipetik dulu. Hal ini supaya tidak timbul perselisihan antara penjual dan pembeli.

Kontrak jualan hadapan hasil pertanian dituai berdasarkan urus niaga bai al-Salam diharuskan, dengan syarat spesifikasi barang yang dipersetujui itu hendaklah benar-benar dijelaskan. Perkara itu supaya tidak timbul perbalahan antara kedua-dua pihak apabila serahan dibuat.

Islam walaupun menggalakkan sektor pertanian, namun jika kegiatan itu bagi tujuan meragukan atau tidak sah menurut Islam, ia hendaklah dilarang. Dalam kitab fikah klasik, ulama membincangkan kedudukan sama ada boleh atau tidak seseorang menjual anggur yang ditanamnya kepada seseorang yang diketahui akan atau lumrahnya menggunakannya bagi membuat minuman keras.

Mereka berpendapat adalah haram orang berkenaan menjual anggurnya kepada pembeli berkenaan. Menanam anggur pada asasnya diharuskan, tetapi apabila hasilnya akan digunakan untuk tujuan tidak sah, maka petani perlu berhati-hati ketika menjualnya.

Begitulah, kedudukannya hasil pertanian dan ternakan lain, prinsip ini hendaklah dipegang demi memastikan bahan itu tidak disalahgunakan bagi tujuan tidak sah.

Begitu juga Islam melarang pengeluaran dan penjualan bahan memudaratkan manusia seperti penanaman ganja serta tumbuhan lain yang mengandungi racun.

Larangan ini, termasuk penternakan haiwan yang haram dimakan oleh orang Islam seperti anjing dan babi. Bagaimanapun, masyarakat bukan Islam dibenarkan menternak haiwan itu dengan kadar yang sesuai.

Perkara ini kerana ia tidak haram di sisi agama mereka, dengan syarat kegiatan itu tidak memudaratkan kepentingan awam dan menjejaskan keselesaan umum serta alam semula jadi.

Perbincangan di atas jelas menggambarkan bahawa Islam memberi perhatian kepada sektor pertanian. Islam juga sangat menggalakkan, malah ingin memastikan kegiatan pertanian dari mula projek hingga proses pemasaran dan jualan dilaksanakan mengikut garis panduan yang jelas dan adil. Hal itu dapat mengelakkan perbalahan.

Begitu pun, perhatian tidak seharusnya diberikannya hanya kepada sektor itu dengan mengabaikan kepentingan sektor lain. Perkara itu kerana matlamat utama kita adalah mencapai keseimbangan dalam segala bidang demi memenuhi tuntutan fardu kifayah dalam rangka membangunkan negara dan ummah.

Ahad, 1 November 2015

Pengunjung Ke Ladang Dan Nursery

Alhamdulillah, semoga dipermudahkan segala urusan dan memberi rezeki berlimpah ruah kepada kita semua.