Translate

Ahad, 29 Mac 2015

Pisau Larik Kayu Gaharu

Stock Terhad.... Pisau larik berulukan kayu karas, diperbuat daripada besi yang berqualiti dan siap dibakar serta diketuk. Satu set mempunyai empat jenis mata dengan harga cuma RM100.00 sahaja. Harga tidak termasuk penghantaran.


Rabu, 18 Mac 2015

Misi Malaysian Gaharu Consortium Ke Shanghai.

Syukur Alhamdulillah, diantara projek yang diluluskan oleh ahli lembaga pengarah MGC bagi misi Sanghai pada bulan Mei 2015 InsyaAllah. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan MGC serta syarikat dibawah naungannya. Amin Amin Amin Ya Allah.




Isnin, 16 Mac 2015

Pembekal Anak Pokok Gaharu.

Anak pokok gaharu/karas/depu spesis Aqualaria Malaccensis yang berkualiti daripada pembekal yang berpengalaman luas dalam industri gaharu di Malaysia serta menjalinkan usahasama bersama banyak Syarikat, Universiti serta Agensi Kerajaan yang berkaitan industri gaharu di Malaysia dan luar negara.
- Daripada induk yang matang (50 tahun keatas).
- Daripada induk yang sudah mempunyai teras yg terjadi secara semulajadi.
- Khidmat Nasihat Percuma.
- Baja Percuma.
- Penghantaran Percuma Bagi pesanan 1000 Pokok keatas.

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Yahya di 0196646291 @ Faizul di 0102205745 www.facebook.com/wafiqahfarmnusery/


Ahad, 15 Mac 2015

Mesyuarat Malaysian Gaharu Consortium Ke-3.

Syukur Alhamdulillah, mesyuarat kali ini diadakan di ladang Wafiqah Industries Sdn Bhd. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tuan hj Halim yang bermula dari jam 3 petang berlarutan sehingga jam 11 malam yang di hadiri oleh semua ahli jawatan kuasa MGC Sdn Bhd. Alhamdulillah banyak cadangan dipersetujui oleh semua pihak bagi melestarikan industri gaharu di Benua Amerika, Eropah, Timur Tengah dan Asia Timur secara khususnya dan di Malaysia secara amnya. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan MGC serta syarikat dibawah naungannya dan diberi kejayaan di dunia akhirat. Amin Amin Amin Ya Allah. 





Ahad, 8 Mac 2015

Agarwood Meeting

Mesyuarat Malaysian Agarwood Consortium diwakili daripada Pengerusi Tuan Hj Halim, Setausaha Tuan Yahya dan Bendahari Puan Hjh Kasmah bersama sama RAL Plantations Sdn Bhd Tuan Megat Md Yusof mengenai hala tuju pasaran gaharu Malaysia.


Jumaat, 6 Mac 2015

Kursus Pemprosesan Pati Minyak Gaharu

Kursus Memproses Minyak Gaharu Anjuran MTIB Di Langkawi, Kedah Darul Aman. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Tuan Mohd Zamakhsyary Mustapa Pegawai Malaysian Timber Industry Board 012-3024758


Ahad, 1 Mac 2015

Kursus Praktikal Inokulasi Pokok Gaharu Serta Bagaimana Cara Untuk Maksimakan Hasil

Kursus pada 21 Mac 2015 bertempat di Ladang Wafiqah Farm & Nursery, Hulu Langat, Selangor. Masa dari jam 10 pagi sehingga 5 petang. Yuran pendaftaran sebanyak RM250. Makan tengah hari disediakan. Terhad Kepada 10 peserta sahaja. Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi En. Yahya Abdul Rahman ditalian +6019-6646291.