Translate

Jumaat, 10 Ogos 2018

Masalah Petani Dan Peladang Gaharu Di Malaysia

Pendapat daripada pengalaman pihak kami bukan copy&paste dari pengalaman orang. 

Di dunia ada 16 negara pengeluar kayu dan Minyak Gaharu. Negara pengeluar utama adalah Indonesia disusuli oleh India, Malaysia, Thailand, Cambodia dan lain lagi. Kita tak perlu lihat banyak2 negara nanti pening pula. Lihat negara jiran kita di Indonesia dan Thailand sahaja sudah memadai. 

1. Di Indonesia teras bakar Gred A Spesis Aquilaria Malacensis, Microcarpa dan Becariana yang sudah siap untuk Dijual boleh dapat dengan harga RM450/kg hingga ke RM650/kg. 

2. Di Thailand teras bakar Gred A Spesis Aquilaria Crassna, Subintegra dan Rugosa  yang sudah siap untuk Dijual boleh dapat dengan harga lebih kurang RM650/kg hingga ke RM850/kg.

3. Di Malaysia pula teras bakar Gred A Spesis Malacensis dan Microcarpa yang sudah siap untuk Dijual boleh dapat dengan harga RM1000 hingga ke RM1200/kg. Harga diatas adalah harga borong untuk pasaran Timur Tengah. 

Daripada cerita diatas ini, jika Tuan/Puan sebagai trader / pembeli retail nak beli daripada mana? Kalau tanya saya nak beli teras daripada mana,  jawapan saya ke Indonesia jika mahukan spesis Malacensis dan Microcarpa. Kalau mahukan hasil kayu dan minyak untuk spesis Crassna, Rugosa dan Subintegra Saya akan ke Thailand.

Kenapa ini berlaku? Banyak faktor yang mempengaruhi diantaranya apabila kos penghasilan di Malaysia tinggi dan kekurangan tenaga mahir. Itulah sebabnya pihak kami mengadakan kursus / bengkel bagi mengajar membuat Inokulan dan Teknik2 Inokulasi bertujuan untuk mengurangkan kos pengeluaran kepada petani dan peladang Gaharu di Malaysia. Bukan itu sahaja pihak Mtib, Jabatan Perhutanan dan pihak yang Berkaitan juga ada mengadakan kursus dan bengkel lain Seperti penggredan, carving, dan lain lagi. (Banyak Orang Kita nak kaya cepat tapi tak mahu mencari ilmu... duduk menunggu dan sentiasa menunding salah kepada Orang lain)

Berkaitan dengan pemilihan sama ada nak hasilkan teras bakar @ minyak. Pendapat saya secara peribadi lebih baik menghasilkan minyak daripada buat teras jika di Malaysia. Ok Mungkin ada yang ingin juga mengeluarkan teras bakar. Saya nak tanya sikit ja. Dimana nanti dan siapa nanti nak cuci kayu tu?.... Berapa pula kosnya?.... Adui Tuan/Puan pasti sakit kepala. Tapi jikalau Tuan/Puan ada yang menguruskan dan kos berpatutan tak menjadi Masalah. Jika pasaran pun dapat baik, silakan. Ini cuma pendapat kami yang baru setahun jagung dalam industri Gaharu di dunia.

Jangan tabsub dengan pandangan pihak kami. Ambil pandangan sahabat2 kita yang lain dalam industri ini.

Tiada ulasan: