Translate

Sabtu, 18 Ogos 2018

ADA PONTENSI KE TANAM GAHARU NI

ADA PONTENSI KE TANAM GAHARU NI.? TAK NAMPAK MENYERLAH SANGAT... MENYEPI JE... SAYA ADA 500 POKOK USIA 5 - 8 TAHUN TERBIAR BEGITU JE

Terima kasih seorang Hamba Allah diatas persoalan yang diajukan. Kita muzakarah secara terbuka agar sahabat lain mendapat manfaatnya. Allahuakbar. Persoalan ini sebenarnya banyak berlaku bukan sahaja dalam industri gaharu. Malahan boleh dikatakan dalam industri lain juga berlaku perkara yang sama. Saya cerita sedikit pengalaman perniagaan saya yang pernah dilalui pada satu ketika yang dahulu. 

Sebelum saya mencebur diri dalam perniagaan gaharu ini, saya pernah menjalankan beberapa perniagaan lain selepas saya melepaskan jawatan saya sebagai Pegawai Tugas Khas di Cawangan Khas Bukit Aman. Selepas melepaskan jawatan saya, saya buka perniagaan Elektrical Engineering dan Alhamdulillah saya gagal. Kemudian buka perniagaan Perbankan juga Alhamdulillah gagal. Kemudian berailih arah kepada perladangan. Dalam perniagaan perladangan ini saya bermula dengan 40 ribu pokok cili. WAH waktu tu dengar cerita tinggi bak gunung tahan. saya pergilah belajar bab tanam sampai khatam. Alhamdulillah seminggu penghasilan sehingga 1 ke 2 tan. 

SEKEJAP... DALAM OTAK WAKTU TU RASANYA MACAM DAH PANDAI SANGATLAH DAN BERJAYA SANGATLAH...TAPI... TERKANTOI PADA PASARAN... WAKTU ITU SAYA TUNDING JARI PADA ITULAH INILAH, HAKIKAT SEBENARNYA SAYA YANG BODOH KERANA BERASA DIRI MACAM DAH PANDAI TAPI HAKIKATNYA SAYA YANG BODOH...  
Alhadulillah saya jatuh lagi dalam perniagaan. Selepas pada itu saya nampak kelemahan saya daripada teguran sahabat2 dan keluarga. Jadi bila saya mula dalam bidang gaharu, saya cuba perbaiki daripada kesilapan yang lalu. Sekarang ini Alhamdulillah saya sudah ke kemuncaknya. Profail lengkap Wafiqah Agarwood Center bolehlah lawati website wafiqahfarmnursery.blogspot.com. Nasihat saya:-

1. Jangan salahkan orang orang lain sebaliknya salahkan diri kira sebenarnya kita yang bodoh. kalaulah kita pandai sangat... takkan kita ditipu orang. Oleh itu pergilah menuntut ilmu sebanyaknya. 
2. Memaafkan segala dosa orang terhadap kita.
3. Jangan tunggu senang untuk menghulurkan sedekah jariah.
4. Halalkan hutang orang terhadap kita. 
5. Ilmu perniagaan bukan hanya sekadar dibuku sahaja. Liku2 kita dalam perniagaan itulah ilmu sebenarnya. Kerana ilmu seperti ini tak ada dalam buku dan selalunya tidak dikongsikan oleh orang perniagaan yang sudah berjaya. 
6. Betulkan Niat kita kerana Allah. 
7. Usaha dan tawakkal pada Allah. Berharaplah pada Allah dan janganlah berharap dengan apa yang kita usahakan. 

Wallahualam

Saya pohon jutaan kemaafan jika ada kesilapan. Saya insan yang lemah dan tiada kuasa upaya selain dengan ikhsan daripada Allah s.w.t. Saya tinggalkan beberapa keratan ayat Alquran dan Hadis untuk kita renungkan. 

Firman Allah. 

"Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmupengetahuan beberapa derajat." (Al-Mujadalah : 11) 

"Dan katakanlah (wahai Nabi Muhammad) tambahkanlah ilmu kepadaku." (Thaaha : 114)

"Katakanlah, apakah sama antara orang yang mengetahui dengan orang yang tidak tahu.” (Az-Zumar : 9)

Adapun salah satu hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam shahihnya, dari hadits Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu. Yang membahas menuntut ilmu, sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : 

“Barangsiapa yang menempuh suatu perjalanan dalam rangka untuk menuntut ilmu maka Allah akan mudahkan baginya jalan ke surga. Tidaklah berkumpul suatu kaum disalah satu masjid diantara masjid-masjid Allah, mereka membaca Kitabullah serta saling mempelajarinya kecuali akan turun kepada mereka ketenangan dan rahmat serta diliputi oleh para malaikat. Allah menyebut-nyebut mereka dihadapan para malaikat.”

Tiada ulasan: