Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia akan melaksanakan pendaftaran Pengusaha Tanaman Pokok Karas, Pembekal Kayu Karas dan Pengilang Gaharu khususnya di Semenanjung Malaysia. Untuk memudahkan orang ramai/syarikat mendapatkan salinan borang-borang tersebut, sila lawati website berikut Pendaftaran Pengusaha Tanaman Pokok Karas, Pembekal Kayu Karas Dan Pengilang Gaharu dan email kepada hamdan@forestry.gov.my atau juliana@forestry.gov.my atau pos/faks kepada Ketua Pengarah Perhutanan, Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin, 50660 Kuala Lumpur atau dibuat serahan tangan kepada Jabatan Perhutanan Negeri/Pejabat Hutan Daerah berhampiran. Pendaftaran ini adalah percuma dan voluntary. Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi talian 03-2616 4488 atau faks 03-2692 5657.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan