Ulat Pengorek Batang (Rhytidodera Simulans)
Ulat ini biasanya menyerang dengan menetas di dalam ranting yang agak lembut dan mengorek masuk ke dalam batang yang lebih besar. Ranting atau batang yang diserang akan mempunyai lubang dan menjadi serius apabila daun-daun dan ranting-ranting akan layu dan mati seperti yang ditunjukkan pada gambar dibawah. Bagi mengatasinya, ranting-ranting yang telah diserang perlu dicantas dan dimusnahkan. Kawalan dengan menggunakan racun serangga sebagai rutin juga dapat digunakan iaitu dengan memasukkan racun jenama Malathion ke dalam lubang kemudian ditutup dengan tanah liat atau plastisin.