Berbicara tentang sejarah kayu gaharu, kayu ini sudah dikenali pada zaman Nabi Sulaiman as. Dimana Kayu syurga ini sudah biasa digunakan sebagai hadiah bingkisan kerajaan, kerana dianggap sebagai barang berharga dan istimewa, kayu ini pernah dijadikan bingkisan kerajaan oleh Ratu Bilqis untuk Nabi Sulaiman as. Sebagaimana disebutkan dalam Tafsir Al-Alusi:
وقال وهب. وغيره: عمدت بلقيس إلى خمسمائة غلام وخمسمائة جارية فألبست الجواري لبس الغلمان الأقبية والمناطق وألبست الغلمانلباس الجواري وجعلت في أيديهم أساور الذهب وفي أعناقهم أطواق الذهب وفي آذانهم أقرطة وشنوفاً مرصعة بأنواع الجواهر وحملت الجواري على خمسمائة رمكة والغلمان على خمسمائة برذون على كل فرس سرج من الذهب مرصع بالجوهر وعليه أغشية الديباج وبعثت إليه لبنات من ذهب ولبنات من فضة وتاجاً مكللاً بالدر والياقوت وأرسلت بالمسك والعنبر والعود.
“Wahb dan yang lainnya berkata, Ratu Balqis pergi menuju 500 pelayan laki-laki dan 500 pelayan wanita, lalu beliau memakaikan pakaian luar untuk pelayan laki-laki serta ikat pinggang kepada pelayan wanita dan memakaikan pakaian pelayan wanita kepada pelayan laki-laki, selain itu ia juga memasangkan gelang emas pada tangan mereka, kalung emas pada leher-leher mereka, anting-anting yang bertahtakan mutiara pada telinga mereka. Kemudian para pelayan wanita itu dibawa di atas 500 kuda sedangkan para pelayan laki-laki dibawa diatas kuda tarik. Pada setiap kudanya terdapat lampu emas yang bertahtakan mutiara dan beralaskan sutera. Ia juga mengirimkan kepada Sulaiman batu-bata dari emas dan perak, mahkota yang bertahtakan mutiara dan yaqut, serta ia juga mengirimkan misik, ambar dan gaharu.”