Translate

Ahad, 11 Mac 2018

Gaharu Sebagai Perubatan Dalam Pandangan Islam

Imam Ibnu Al-Qayim Al-Jauzi dalam kitabnya Al-Thib Al-Nabawi menjelaskan tentang macam dan fungsi kayu Gaharu.

“Kayu gaharu Al-Hind itu ada dua macam. Pertama adalah kayu gaharu yang digunakan untuk pengubatan yang dinamakan kayu kusth. Ada yang menyebutnya dengan Qusth. Dan yang kedua adalah yang di gunakan sebagai pengharum. Kayu ini disebut Uluwwah".
(At-Thib An-Nabawiy,halaman 265)

Hadist Rasulullah SAW yang menjelaskan perubatan dengan menggunakan gaharu.

Ummu Qais berkata, dan aku juga pernah menemui beliau bersama anakku yang aku tekan tenggorokannya untuk menghilangkan sakit tekaknya, lalu beliau bersabda, mengapa kamu tekan kerongkongan anakmu seperti itu? gunakanlah kayu gaharu Al-hind kerana padanya terdapat tujuh jenis pengubatan, diantaranya ubat sakit gastrik, su’ut (mengubati melalui hidung) adalah dipergunakan untuk penyakit tekak dan ladud (mengubati dari pinggir mulut orang yang sakit) adalah digunakan untuk penyakit gastrik.
(HR.Muslim No 5716)

Tiada ulasan: