Translate

Ahad, 11 Mac 2018

Gaharu Sebagai Perubatan Dalam Pandangan Islam

Imam Ibnu Al-Qayim Al-Jauzi dalam kitabnya Al-Thib Al-Nabawi menjelaskan tentang macam dan fungsi kayu Gaharu.

“Kayu gaharu Al-Hind itu ada dua macam. Pertama adalah kayu gaharu yang digunakan untuk pengubatan yang dinamakan kayu kusth. Ada yang menyebutnya dengan Qusth. Dan yang kedua adalah yang di gunakan sebagai pengharum. Kayu ini disebut Uluwwah".
(At-Thib An-Nabawiy,halaman 265)

Hadist Rasulullah SAW yang menjelaskan perubatan dengan menggunakan gaharu.

Ummu Qais berkata, dan aku juga pernah menemui beliau bersama anakku yang aku tekan tenggorokannya untuk menghilangkan sakit tekaknya, lalu beliau bersabda, mengapa kamu tekan kerongkongan anakmu seperti itu? gunakanlah kayu gaharu Al-hind kerana padanya terdapat tujuh jenis pengubatan, diantaranya ubat sakit gastrik, su’ut (mengubati melalui hidung) adalah dipergunakan untuk penyakit tekak dan ladud (mengubati dari pinggir mulut orang yang sakit) adalah digunakan untuk penyakit gastrik.
(HR.Muslim No 5716)

Cara penggunaan Al-Muneera Agarwood Distiller Water

1. Diminum 2 kali sehari sebanyak 10ml ketika bangun tidur pagi dan sebelum tidur waktu malam.
2. Kepada pengguna yang menghidapi penyakit² kronik digalakkan mengambil 4 kali sehari ketika bangun tidur, sebelum makan tengah hari, sebelum makan malam dan sebelum tidur waktu malam dan dicampurkan 10ml Madu.
3. Dimulakan dengan Bismillah, Selawat keatas Rasulullah, doa kepada Allah dan disudahi ucapkan Alhamdulillah serta perbanyakkan Istighfar kepada Allah.
Peringatan kepada kita semua
Pelbagai penyakit² yang dihidapi oleh seseorang itu sebenarnya merupakan ujian dan cubaan dari Allah agar mereka mengingati, bertaubat dan kembali pada Allah seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran:-
Sesungguhnya ini adalah suatu peringatan, maka barangsiapa menghendaki (kebaikan bagi dirinya) nescaya dia mengambil jalan kepada Tuhannya.
(Surah Al Insan Ayat 29)
Allah yang menurunkan segala jenis penyakit dan Allah jugalah yang menurunkan penyembuhannya. Menyembuhkan perbagai jenis penyakit itu bagi Allah bukanlah perkara sulit dan mustahil. Disamping berusaha dengan doa dan berserah diri pada Allah, kita perlulah berusaha berubat secara perubatan moden atau tradisional, mintalah pertolongan pada Allah dengan sabar dan redho kerana Allah. Tanpa izin dan kehendak Allah seseorang tidak mungkin sembuh dari berbagai penyakit yang dideritanya, walaupun dia berusaha dengan kaedah tradisional atau moden yang tercanggih atau termahal didunia ini dengan menghabiskan perbelanjaan jutaan ringgit sekalipun. Allah menerangkan didalam Al-Quran:-
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu ujian dan cubaan seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan kemusnahan harta benda dan serangan penyakit, serta digoncangkan oleh ancaman bahaya musuh sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah.
(Surah Al-Baqarah Ayat 214)
Dan demi sesungguhnya Kami telah utuskan Rasul-rasul kepada umat-umat yang dahulu daripadamu lalu mereka mendustakannya, maka Kami seksakan mereka dengan kebuluran dan penyakit, supaya mereka berdoa kepada Allah dangan merendah diri serta insaf dan bertaubat.
(Surah Al-An'aam Ayat 42)
Dan ingatlah peristiwa Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala yang lain dan yang mengasihani".
(Surah Al-Anbiyaa Ayat 83)
Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya, serta Kami kurniakan Kepadanya, keluarganya, dengan seganda lagi ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang taat kepada Kami (supaya bersabar dan mendapat balasan baik).
(Surah Al-Anbiyaa Ayat 84)
Kepada mereka yang menghidap sesuatu penyakit baik ringan ataupun berat mintalah pertolongan pada Allah untuk menyembuhkan penyakit tersebut. Disamping berusaha berubat secara tradisional atau moden mintalah pertolongan pada Allah dengan mengerjakan solat dan beramal baik. Rasakan keajaiban dari pertolongan Allah yang menakjubkan. InsyaAllah tidak ada penyakit yang berat bagi Allah. Dia yang menjadikan penyakit dan dia pula yang menyembuhkannya, sebagaimana diingatkan Allah dalam Al-Quran:-
"Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku".
(Surah Ash-Shu'araa Ayat 80)

Testimony Daripada Pengguna Al-Muneera Agarwood Distiller Water

1. Barah (Kanser).
2. Angin Ahmar (Stroke) .
3. Kencing Manis (Diabetes).
4. Buah Pinggang.
5. Jantung.
6. Limpa.
7. Hati.
8. Darah Tinggi (Blood pressure).
9. Gout.
10. Urat saraf.
11. Asma.
12. Prostat.
13. Masalah Kulit Muka Berjerawat.
14. Masalah Kulit Muka Berminyak.
15. Parut Pada Kulit.
16. Masalah Kulit Gatal.
17. Susah Tidur.
18. Sembelit Dan Penghadaman.
19. Sakit Kepala (Migrane).
20. Resdung.
21. Demam.
22. Luka Luaran.
23. Luka Dalaman.
24. Sakit² Sendi.
25. Sakit² Tulang.
26. Bisa² Badan.
27. Kolesterol.
28. Rabun Mata.
29. Batuk² & Sakit Tekak.
30. Depresi.
31. Kasih Sayang (Tahan Lebih Lama Untuk Lelaki & Menghilangkan Keputihan Kepada Wanita).
32. Gangguan Mahluk Halus.
33. Susah Mengandung (Untuk Wanita).
34. Nyanyok @ pelupa (Baik kepada pelajar² terutamanya pelajar yang perlukan menghafal).

Al-Qusth Agarwood Distiller Water

Al-Qusth Agarwood Distiller Water adalah minuman sampingan untuk kesihatan yang mempunyai pelbagai khasiat untuk mencegah dan juga membantu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit biasa atau penyakit kronik diluaran mahupun didalaman.

Al-Qusth Agarwood Distiller Water diambil daripada proses penyulingan pati minyak gaharu di kilang Wafiqah Agarwood Centre dan dikilangkan oleh Wafiqah Plantation & Services.

Kepada anda yang menghidapi penyakit² yang tersenarai di bawah, anda bolehlah mencuba Al-Qusth Agarwood Distiller Water dan merasai sendiri kesan penyembuhan penyakit² yang anda hadapi.