Translate

Jumaat, 8 Mei 2015

Bekalan Kayu Gaharu

Alhamdulillah.... BERITA BAIK bagi penanam pokok gaharu/karas/depu/ spesis AQUILARIA MALACENSIS. Kami memerlukan bekalan kayu minyak dari hasil ladang sebanyak 1000-5000 kilogram sebulan. Kami juga mencari ladang gaharu berkeluasan 5 ekar keatas dan jumlah pokok minima 5000 pokok berumur 5 tahun keatas untuk dibeli.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Tuan Yahya Abd Rahman 019-6646291 @ Tuan Faizul Anuar 010-2205745. Waktu 8.00am - 5.00pm, Hari bekerja. Mengikut syarat dan terma yang ditetapkan.

Diantara persoalan yang diterima.

Kenapa kayu yang mereka suntik tidak boleh diterima dalam pasaran? Jawapan saya mudah sahaja..... jangan syok sendiri dengan hasill kajian sendiri @ pengusaha industri inokulan dengan pelbagai jenis bentuk kayu yang terhasil, ada yang teras dari akar sampai ke ranting sekali pun kalau tidak boleh dijual tak guna. YANG PENTING ADALAH.... APA KEHENDAK PEMBELI itu yang kita keluarkan. Pergi balik dekat penjual inokulan suruh mereka beli balik kayu yang diaorang inokulan.

Kenapa spesis selain daripada AQUILARIA MALACENSIS tidak diterima? Jawapan saya mudah sahaja.... jangan dengar cerita TIN KOSONG pembekal2 anak pokok dan inokulan sedangkan mereka sendiri TAK TAHU apa pemintaan pasaran dan TAK ADA pasaran sendiri serta mereka jual pula nama2 orang yang mempunyai pasaran dengan jawapan tak mengapa___________ boleh beli ni nanti.

Kenapa spesis aquilaria subintegra @ crassna tidak dibeli? Jawapan saya mudah sahaja.... stock minyak kami yang ada 5 liter tanpa diperam dan 3.5 liter berperam sampai sekarang dah dekat 2 tahun tak boleh nak dijual...... itu pun jual murah2 tak boleh nak dijual.

Adakah pihak tuan mempunyai bekalan minyak AQUILARIA MALACENSIS? Jawapan saya mudah sahaja...... TAK MENCUKUPI UNTUK PASARAN DUNIA..

Adakah pihak tuan membeli minyak AQUILARIA MALACENSIS KAMI? Jawapan saya mudah sahaja..... Jika qualiti dari cara pemprosesan yang betul dan bertepatan kehendak pihak kami serta harga yang berpatutan InsyaAllah tidak menjadi masalah.

Bolehkah mempelajari kaedah penanaman, inokulasi, tuaian dan pemprosesan daripada pihak tuan? Jawapan saya mudah sahaja....... PASTI BOLEH, Pintu ilmu terbuka luas kepada anda yang yang berniat kerana Allah dan bersungguh-sungguh bukan kerana nak jadi jutawan.

Tiada ulasan: