Translate
Jumaat, 29 Mei 2015
Ahad, 24 Mei 2015
Khamis, 14 Mei 2015
Selasa, 12 Mei 2015
Sabtu, 9 Mei 2015
Proses Penapaian
Penapaian adalah proses pengeluaran ethyl alcohol dan carbon dioxide oleh yis yang hidup bergantung kepada kehadiran gula. Dengan kehadiran oksigen, ethyl alcohol ini kemudian terhurai menjadi asid asitik (cuka) dan air. Kombinasi yis, alcohol, asid asitik ini akan menyebabkan rasanya tidak sesuai untuk dimakan. Yis yang bertanggung jawab kepada proses penapaian terdapat di dalam semua persekitaran dan sudah tentu akan terdapat didalam madu itu sendiri secara semula jadi.
Bueh terbentuk hasil pembebasan gas
karbon dioksida
semasa penapaian
Faktor Penyebab Penapaian
Proses penapaian secara umum bergantung kepada dua faktor utama iaitu
kandungan air dan konsentrasi kandungan spora yis ini di dalam madu itu.
Kajian yang djalankan terhadap madu lebah menunjukkan fermentasi dalam
keadaan suhu bilik tidak akan berlaku dalam masa setahun apbila
kandungan air dan konsentrasi spora seperti adalah berikut:
1. Kandungan air kurang 17.1% : pada tahap mana konsentrasi spora yis sekali pun.
2. Kandungan air 17.1 - 18% : apabila konsentrasi spora kurang 1000 spora yis/g
3. Kandungan air 18.1 - 19% : apabila konsentrasi spora lebih 10 spora yis/g
4.
Kandungan air lebih 19% : penapaian akan berlaku walaupun hanya terdapat
satu biji spora yis/g
Selaian
daripada air dan spora yis, fermentasi juga bergantung kepada kehadiran oksigen
di dalam bekas penyimpanan.
Faktor lain yang boleh mempengaruhi aktiviti penapaian ialah seperti berikut:
1. Suhu dimana penyipanan suhu tersebut diuat. Yis didapati kurang aktif dalam keadaan suhu rendah. Untuk itu, bagi penyimpanan jangka panjang, madu seharusnya disimpan dalam suhu yang rendah seperti dalam peti sejuk (tempat chiller)
2. Pergerakan bekas simpanan madu secara berlebihan (seperti digoncang atau gegaran yang berterusan semasa pengangkutan)boleh juga meningkatan aktiviti yis dan seterusnya aktviti penapaian madu tersebut.
Madu lebah yang telah mengalami
penapaian yang melampau
Kesan Penapaian Terhadap Kualiti Madu
Selain daripada perubahan bau dan rasa, penapaian juga menyebabkan beberapa perubahan fizikal madu itu sendiri. Hidrogen peroxide (H2O2) yang terhasil akan membentuk bueh yang seterusnya akan mengasingkan dektrus daripada komponen lain dalam madu. Kristal gula ini akan berwarna cerah dan berkeping-keping. Kawasan cerah ini akan merebak lebih luas jika proses penapaian terus berlaku. Proses penapaian ini boleh berhenti dalam keadaan pertama dengan mematikan yis dan yang kedua dengan memastikan yis berkenaan tidak aktif untuk membiak.
Walaupun rasa yang sedikit masam dan boleh diterima bagi madu kelulut, jika dibiarkan penapaian berlaku secara berterusan, semua sumber gula yang ada akan bertukar menjadi asid seterusnya madu akan kehilangan rasa manisnya.
Langgan:
Catatan (Atom)