Probiotik @ EM adalah suplemen
diet yang mengandung bakteria yang berguna dengan asid laktik bakteria (lactic
acid bacteria – LAB) sebagai mikrob yang paling umum dipakai. LAB telah dipakai
dalam industri makanan bertahun-tahun kerana mereka mampu untuk mengubah gula
(termasuk laktosa) dan karbohidrat lain menjadi asid laktik.
Probiotik @ EM bermaksud bakteria
baik atau ‘bakteria baik’. Apabila didefinisikan secara lengkap, probiotik @ EM
adalah kultur tunggal atau campuran dari mikroorganisme hidup yang apabila
diberikan ke manusia atau ternakan akan berpengaruh baik kerana probiotik @ EM
akan merencatkan pertumbuhan bakteria patogen/bakteri jahat yang ada di usus
manusia/ternakan.