EM adalah singkatan bagi Effective Microorganisms. Biasanya minum yogurt, vitagen,
yakult, ABC kultur.....ini semua adalah ‘bakteria baik’ terdapat dapat minuman
tersebut. Kita sudah tahu minuman ini bagus untuk sistem pencernaan kita dengan
mengawal pertumbuhan ‘bakteria jahat’ dalam sistem pencernaan. Kaedah ini
digunakan pula pada sektor pertanian, perikanan dan penternakan bagi
menghasilkan produk yang bermutu dan tiada kesan sampingan. Penggunaan racun
serangga, baja kimia, disinfektan dan antibiotik boleh tinggalkan kesan yang
negetif pada pengguna seperti kanser dan pelbagai kompilasi lain. Untuk
makluman anda EM ini digunakan pada semua sistem pengurusan projek and sebagai
contoh Peternak Kambing, EM ini boleh digunakan dari awal seperti disembur pada
kandang, lantai, bumbung, tiang, dan kawasan sekeling. Diberi minum, sembur
pada kambing dan juga tahi @ tinja kambing. Dengan hanya guna satu produk sahaja
untuk semua pengurusan. Amat menjimatkan serta menguntungkan.
Translate
Khamis, 19 Disember 2013
Apakah Kandungan Dalam EM Atau Probiotik?
Probiotik @ EM adalah suplemen
diet yang mengandung bakteria yang berguna dengan asid laktik bakteria (lactic
acid bacteria – LAB) sebagai mikrob yang paling umum dipakai. LAB telah dipakai
dalam industri makanan bertahun-tahun kerana mereka mampu untuk mengubah gula
(termasuk laktosa) dan karbohidrat lain menjadi asid laktik.
Probiotik @ EM bermaksud bakteria
baik atau ‘bakteria baik’. Apabila didefinisikan secara lengkap, probiotik @ EM
adalah kultur tunggal atau campuran dari mikroorganisme hidup yang apabila
diberikan ke manusia atau ternakan akan berpengaruh baik kerana probiotik @ EM
akan merencatkan pertumbuhan bakteria patogen/bakteri jahat yang ada di usus
manusia/ternakan.
Konsep EM Dan Bagaimana EM Berfungsi Membantu Anda.
EM iaitu kumpulan kultur bakteria yang berfaedah,
digunakan untuk tujuan mengawal mikroflora persekitaran bagi mengoptimumkan
hasil,menghalang penyakit dengan merencatkan pertumbuhan bakteria patogen/tak
berfaedah, meningkatkan kecekapan pengambilan bahan organik dan seterusnya
meningkatkan biodiversiti mikrobiologi persekitaran.
Bakteria aerobik (oksigen), heterotropik (oksigen/tanpa
oksigen) dan anaerobik (tanpa oksigen) cenderung bertindakbalas dgn persekitaran
dan menghasilkan bahan2 yang tertentu melalui proses PENGURAIAN dan
SINTESIS.Bakteria Penguraian terbahagi kpd 2 iaitu
Penapaian (fermentation / oxidative) atau Pembusukan (putrefaction). Penapaian
yang baik oleh bakteria aerobik / heterotropik / anaerobik akan menghasilkan molekul
ringkas seterusnya menghasilkan haba,tenaga,asid
amino,air,oksigen,karbondioksida yang semuanya berpengaruh baik. Berbanding
kepada proses pembusukan (putrefaction) oleh bakteria heterotropik / anaerobik
yang menghasilkan sisa toksik kepada persekitaran seperti gas ammonia ataupun
Hidrogen Sulfida yang busuk. Bakteria Sintesis mengikat Nitrogen/oksigen dari
udara dan menukarkannya kepada asid amino, oksigen, protein dan karbohidrat.
Bakteria sintesis berkebolehan mengikat karbondioksida menjadi molekul organik.
Bakteria sintesis juga berkebolehan memecahkan ammonia dan menukarnya kepada
gas tak berbahaya.
EM terdiri dari aerobik, heterotropik dan anaerobik bakteria
yang berpengaruh baik.Apabila di dalam media, EM akan mengeluarkan hasil2
tindakbalas dan akan menghalang pembentukan tindakbalas kimia daripada bakteria
tak berfaedah.Kebanyakan bakteria yang mendatangkan masalah adalah jenis
heterotropik dan anaerobik. Setelah mikroflora bertukar, banyak molekul
organik, tenaga, karbohidrat, oksigen, karbondioksida dsb terbentuk seterusnya
meningkatkan kecekapan pengambilan nutrien dan memelihara persekitaran.
Mikrobiologi persekitaran akan meningkat dan secara tak langsung membantu ke
arah persekitaran yang sihat.
MEMPROSES BAJA ORGANIK BERMIKROB UNTUK POKOK KARAS DAN SEMUA TANAMAN
1. MAKLUMAT ASAS
Baja organik adalah baja campuran yang berasal dari
pelbagai bahan organik (semulajadi) yang
telah mengalami proses pereputan, sehingga
menjadi bahan yang mempunyai perbandingan C/N yang rendah hampir C/N
Tanah.
Baja organik merupakan baja dengan bahan semulajadi dalam
jumlah dan jenis unsur mikro yang terkandung secara semulajadi. Baja organik
merupakan bahan merawat tanah yang paling baik berbanding baja kimia yang
akhirnya merosakkan tanah. Baja Organik sangat penting
bagi tanah pertanian antara lain :
a) Memperbaiki sifat
tanah, menjadi gembur dan dengan
pengudaraan dan saliran yang baik.
b) Meningkatkan kesetabilan tanah dan memegang air, sehingga
dapat mencegah hakisan.
c) Memperbaiki sifat kimia tanah, ia itu meningkatkan
kapasiti kesuburan.
d) Asid umid dapat
membantu meningkatkan proses penguraian mineral.
e) Memperbaiki sifat biologi tanah, iaitu mempercepat
pembiakan fungi, bakteria, mikro flora dan mikro fauna tanah dan lain lain.
II. MEMPROSES BAJA ORGANIK
a) Bahan-bahan dan alat :
- Tahi lembu sebanyak 300 kg
- BahanSisa kumbahan
kilang sawit/Jerami padi / rumput kering sebangak 200 kg
- Dedak sebanyak 20
kg
- EM.4 sebanyak 50 sudu makan
- Gula pasir /Molases sebanyak 20 sudu makan
- Air biasa lebih kurang
20 liter
- Tangki , penebok, parang, sekop
- Kanvas / Pelastik sebagai penutup.
b) Cara Membuat
->Sisa kilang sawit/Jerami padi atau rumput dipotong-potong
atau dihancur kecil-kecil dengan ukuran kira- kira 5 - 10 cm .
->Larutkan EM.4 sebanyak 50 sudu makan dan gula pasir 20
sudu makan kedalam air sebanyak 20 liter, kacau sampai merata.
->Tahi lembu kering
(300 kg) jerami / rumput/limbah sawit
(200 kg) dan dedak (20 kg)
dicampur rata .
->Campuran EM.4, gula/molasses dan air sambil dikacau dan siramkan secara
perlahan-lahan ke campuran diatas hingga rata.
->Buat busut setinggi 15 - 20 cm diatas lantai.
->Selanjutnya setelah dibuat gundukan tutup dengan plastik
atau kanvas lalu diletak atap sebagai perlindungan.
->Periksa suhu busut (di pantau sehingga 40- 50o C), bila
suhu melebihi diadukkan dan dibalik kemudian tutup kembali.
->Setelah tujuh hari baja organic bermikrob EM sudah jadi
dan siap untuk di gunakan.
->Hasil uji makmal:-
PH : 7,02
Kelembapan : 11.24 %
Nitrojan (N) : 0.72 %
Posfat (P2O5) : 0.69 %
Pottasiam (K2O5) : 0.78 %
Karbon (C.Organik) : 6.25 %
C/ N Ratio : 8.68
Baja organik ini sesuai untuk pokok gaharu dan semua
tanaman.
Langgan:
Catatan (Atom)